Friday, April 11, 2008

bergaya dan anggun....


assalamualaikum...

ramai juga yang mengatakan umi tidak matang lagi...padahal umi sudah boleh makan dan tidur sendiri tanpa perlu didodoikan...setuju kan...????

cakap pasal bergaya dan anggun..umi rasa ia salahsatu cara untuk mematangkan diri...
jikalau umi perhatikan semua kawan-kawan umi pun belajar untuk bergaya...

tidak apa bergaya asal jangan melampau..paling penting tutup aurat..
tapi kita kena terima bahwa masih ada orang lain yang tidak dapat menerima fesyen baru muslimah..kenapa???

betul jugak tau..kadang-kadang orang mengguna alasan ini untuk mengelak dari kesalahan..yela bila pakai baju ketat dan sendat serta tersekat katanya fesyen muslimah zanman sekarang....banyak cantik!! itu fesyen mu bukan fesyen muslimah..

lagi satu pernahkan anda lihat baju t-shirt labuh??...agak keliru juga..ada di antara kawan umi mengatakan pakai t-shirt macam ni nampak lagi seksi..ish..ish..entah dari sudut mana dia melihat keseksian itu...

lepas itu bila ditanya pakai baju t-shirt pendek tu pulak macamana???dia terdiam membisu..

sama-sama renungkan ya..kita muhasabah diri selalu..

Wednesday, April 9, 2008

mama, aku mahu kahwin...

assalamualaikum..

jangan silap dan salah ya..itu bukan ungkapan kata dari umi...ingat umi ni desperate sangat mahu berkahwin..

ni pasal abang umi ingin mendirikan masjid bersama permaisuri hatinya...

kenapa la mereka semua ni mesti kahwin...

tahun lepas adik perempuan umi..sekarang ni pula abang umi..geramnyaa...
tinggallah umi seorang nanti..isk..isk..

pagi tadi, abang umi call dan mengadu yang keluarga belah perempuan minta hantaran tinggi tuuu..rm10k

Allah...bukn terkejut dengar nilai tu tapi terkejut dengar berita selepasnya..pihak perempuan mahu kami sekeluarga pergi merentas laut china selatan semata-mata untuk proses merisik...

umi tumpang sedih dengan keadaan abang yang agak huru hara masa ini...tapi siapa suruh mahu juga berkahwin..tanggungla sendiri..

hish..tak baiknya kan..sepatutnya kenala doakan orang yang ingin melakukan perkara baik...bukan senang nak pergi merentas laut china selatan dengan adik beradik dan keluarga yang ramai..

semua memerlukan fulus...adik-adik umi masih kecil lagi..mana nak cari tempat berteduh lagi..

kasihan...Insyallah nanti ada la tu rezeki..Allah akan sentiasa menolong hambaNya..selagi kita tak minta selain dari Dia..

semoga kita mendapat kaf, ba , ro, kaf, alif, ta, nun..
KEBERKATAN...

Wednesday, March 26, 2008

entah(1)

" hidup ni ibarat laut,saya tak tahu pula kaitan laut tu dengan hidup saya..." dan(2008)....

" dalam hidup ni ada dua benda..tapi saya tidak tahu apa sebenarnya dua benda tu dan masih mencari dua benda tersebut...ujang(2008)...

sebenarnya umi ingin bercakap pasal jerawat...tapi rakan-rakan umi bagi kata-kata yang sememangnya entah apa mesej yang ingin disampaikan...

masa umi terfikir untuk bercakap pasal jerawat tu...kebetulan muka ditumbuhi jerawat yang amat menyeksakan...sakit woo~~

sekarang ini tugasan umi sudah berkurang tapi entahlah umi masih terasa bagaikan tiada masa untuk diri sendiri...

satu lagi yang umi rasa umi amat bersendirian masa kini...entahla...bersendirian dari segala segi..

Tuesday, March 25, 2008

tak sihat!!

semalam agak lewat umi makan...akibatnya kena gastrik lagi...

tapi itu dapat diselesaikan dengan hanya meminum susu..umi rasa lega sedikit..

tidak disangka-sangka...petang semalam umi balik dari kelas dan makan sambil ditemani kawan-kawan umi..

tiba saja dibilik umi rasa pening dan akhirnya memuntahkan apa yang umi makan sebentar tadi..peritnya..mak aih~~ Allah saja yang tahu..kalau setakat keluar dari mulut ok la juga diri ini boleh tahan tapi yang lagi terasa sakit keluar ikut hidung...tak ada tempat lain ka mahu keluar...kenapa mesti disitu..

selepas setengah jam, muka umi sudah pucat..geli bila tengok muntah sendiri..
malam itu disebabkan umi rasa sejuk sangat umi tidur sehingga subuh tadi dengan harapan rasa tidak selesa ini akan hilang...malangnya, rasa ini tidak berubah..

mungkin ditakdirkan umi demam hari ini..

Wednesday, March 19, 2008

lovestory part 2

tidak lama selepas itu, aku keliru dengan perasaan sendiri...rasa bodoh yang amat sangat..sedangkan aku sudah berjanji bahwa aku tidak ingin jatuh cinta lagi..

terkejut!! aku tidak sangka yang dia juga menyayangi aku..wahahaha~~~

tapi semua itu mungkin satu penipuan yang dibuat olehnya atau aku hanyalah sebagai pendengar yang bisu dan tuli..

aku dapat tahu yang dia sudah berjanji dengan wanita lain untuk menunggunya..tak sangka setia pula dia..

namun, aku tekad hari ini untuk memadamkan memori mengenainya..

p/s: cerita ini umi hanyalah rekaan semata-mata tida kaitan dengan siapa-siapa yang dekat mahupun jauh..

Tuesday, March 18, 2008

lovestory part 1

qistina mulai rapat dengan april..semua ni bermula ketika mereka pergi camping bersama-sama di tanjung balau johor bahru..

kenangan itu amat indah rasanya..saat itulah aku(qistina) berkenalan dengan jejaka yang sangat pendiam..april diberi nama..pagi itu, ada majlis kahwin di rumah salah seorang kawan kami..pergi kesana nampaknya aku begitu ayu dengan baju kurung merah jambu ku..dalam rombongan ini hanya aku dan ummi saja kaum hawa..majlis selesai kami pun mengangkat kaki untuk meneruskan niat di hati...yahoo!! pergi camping..

gelak tawa dan senda gurau bergerak seiring dengan perkenalan kami..maklumlah perlu taaruf sebabnya aku pun baru saja berjumpa dengan ummi tu..termasuklah si jejaka pendiam tadi..seperti biasa unggun api dinyalakan bagi memanaskan badan, menghalau parasit yang menggigit dan menghisap darah..dan yang lagi penting masa itu, kelengkapan yang dibawa tidak mencukupi sememangnya tak cukup..kalau bawa tent khemah rasional la jugak..ni pula hanyalah sehelai kanvas yang ku agak hanya memuatkan dua orang yang kurus saja boleh tidur..namun, semua itu tidak menjadi masalah makhluk seramai 10 orang itu tetap gembira..sebenarnya rancangan untuk bercamping ini adalah rancangan segera yang di buat oleh rakan lelaki sekelasku masa itu..aku terpaksa mengikuti..

namun, aktiviti itu membuahkan hasil..aku mengenali april..hehe malam bersama unggun api itu diisi dengan pelbagai aktiviti..menari, menyanyi..berteka teki...eh jangan dilupa bergambar itu perlu..april seperti mengembangkan sayapnya..sedari tadi tak bersuara tiba-tiba berubah menjadi seorang yang agak becok..makaih! terkejut hamba..
rupanya dia seorang yang peramah jugak..aku gembira melihat hila tawanya..

keesokan hari kami balik semula ke kampus..kegembiraan itu ku sangka hanya sekejap rupanya tidak..aku dan april mula rapat..makan sama-sama...aku senang untuk berbual bersamanya..


to be continue..

Monday, March 17, 2008

holahu...

assalamualaikum...

lama juga umi tidak berkunjung ke serambi ini..maklumlah sibuk dalam beberapa hari..ini bukan sibuk yang biasa ini lagi bahaya punya sibuk..

entahlah kenapa rasa ingin berkarya tu amat tinggi waktu ini..rindu agaknya..hurrmm..
semester kali ini banyak dugaan dan cabarannya..bukan kerna semester-semester sebelum ini tiada cabaran tapi semester kali ini dua kali ganda dugaannya..

ah sudah!! asyik konflik saja kan..semua ini mesti kembali pada normal..itulah harapan umi menjelang hari-hari bahagia cehh!!

bila umi duduk dengan tenang sehari tanpa berbuat apa-apa..umi fikir banyak juga faedahnya bila kita merasa sibuk sedikit..ya la dapat melupakan kekecewaan atau kesedihan yang kita alami..

semuanya ada hikamah..

Saturday, March 1, 2008

fuhh~~

salam semua...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga menarik nafas lega...
majlis makan malam sudah pun berakhir semalam walaupun agak kalut menjadi pengacara majlis dengan baju yang meleret-leret...semuanya menjadi suam kembali apabila bekerja dengan pasangan yang pandai untuk back up balik kesilapan umi..

biasanya umi bolehlah dikatakan tidak gementar apabila bercakap secara umum dihadapan..tapi entah kenapa semalam seram sejuk pula...banyak kali juga terkucil namun, ditabahkan jua kerana umi yang memilih untuk ini...

sama seperti majlis FIESTRA iaitu Festa Kolej Rahman Putra tahun lepas majlis perasmiannya juga melibatkan timbalan naib canselor UTM dan umi juga yang mengendalikan majlis tersebut tapi tidaklah segentar majlis makan malam semalam...

rasanya pertama, baju tajaan yang meleret-leret tu menyebabkan umi tidak berapa selesa..disebabkan umi ni agak bonzai orangnya..umi kenalah pakai kasut yang tinggi supaya tidak tenggelam dalam baju gaun tu..tu lagi seksa wooo...sampai sekarang kaki umi bengkak..macam kaki orang padang pasir..

lagi, semasa tarian pembukaan iaitu acara pengenalan para pengacara majlis waktu tu la umi memang takut yang teramat sangat..sebab masa tu umi kena menari...kalau tersilap sikit kemudian terjatuh..malu........nanti mesti jadi cerita hangit.." mc majlis jatuh tergolek-golek..."

Alhamdulillah semuanya selesai juga..tapi satu yang buat umi sedih..lain yang umi tunggu untuk bergambar kenangan lain pula yang datang untuk bergambar...bila umi mesej dia sudah pun balik...sampai hati~~~

Friday, February 22, 2008

seminggu...7 hari..

isnin

pagi tu umi ada ujian subjek Calculus..kemudian bersambung dengan amali fizik yang bukan main sukarnya...petang pula ada kelas English dalam kelas ni pula ada orang merajuk-rajuk dengan umi..entahlah kenapa..siapa sepatutnya marah dan dipersalahkan pabila disuruh datang untuk perbincangan..tiba-tiba tidak dapat datang mulanya tu umi memang boleh terima alasan yang diberikan kononnya sibuk dengan meeting..tapi bila umi dapat tahu yang masa itu dia keluar makan bersama rakan-rakannya...grrr! geramnya...ya la ingat umi tidak sibuk ka..umi kena buat persiapan tentang makan malam kolej umi lagi..
umi sudah teramat geram sangat sampai umi rasa mahu menengking orang tu sepuasnya..tapi mungkin iman masih ada lagi umi mengelak untuk bercakap dengannya selama beberapa hari bukan apa takut juga kalau-kalau umi tertengking orang tu depan khalayak ramai..nanti dia dan umi dapat malu..

selasa

pagi tu umi ponteng kelas sebabnya umi kena buat persediaan tentang program temuramah yang umi kena buat pada waktu malam nanti..persediaan yang dibuat agak rapi jugak la..tugas umi dalam bidang protokol dan umi jugak yang kena cari juruteknikal untuk merakam program tu nanti..timbul lagi masalah juruteknikal yang umi cari telah menarik diri kerana ada kerja yang amat penting pada waktu malam program berlangsung nanti...Allahu Akhbar..penat juga cari pengganti..kemudian, umi rayu kawan seorang ni punyalah susah mahu dipujuk..tapi lembu punya susu sapi dapat nama..(eh betul ka ni??) kononnya juga ada orang yang telah memujuknya terlebih dahulu..ada di antara rakan-rakan program telah mengutuk umi ni penipu la..tidak buat kerja la, tidak ada orang yang mahu jadikan umi ni ahli kumpulan mereka sebab umi selalu buat kerja last minute...dan banyak lagi la...masa tu bukan setakat dihiris malah di siat-siat pun ada juga...

sedap-sedap mulut dia mengata macam tu kononnya dia yang pujuk kawan tu untuk jadi juruteknikal walhal siapa yang sanggup menunggu sampai waktu tengahmalam untuk memujuk kawan tersebut...tidak cukup dengan itu dikutuknya umi ni sleeping member..kurang ajar betul!! memang tahap kemarahan yang melampau sudah masa tu..umi hanya mampu menangis sebab umi bukan jenis yang bising dan suka cari pasal..apanya yang sleeping member hah??!!mereka suruh umi pergi ke satu tempat yang agak jauh dari kolej umi..umi pergi walaupun tanpa kenderaan..bila sampai di tempat tu pula barang yang umi mahu tidak disediakan..sakit hati bukan..sudahlah umi agak penat masa itu..tapi mereka tetap dengan kutukan mereka..tegas bahwa mereka la yang betul..tidak apa kali ni umi yang terasa dan umi tahu Allah itu Maha Adil..bila mereka diperlakukan sebegitu mereka pasti faham..

namun, Alhamdulillah program temubual tersebut berjalan dengan lancar walaupun masa itu terus terang umi katakan umi memang tidak senang hati malah umi pergi program tu dengan mata yang bengkak bukan saja dengan mata hati pun begitu jua..


Rabu

laporan kajian perlu dihantar kepada pensyarah pada hari ni..begitu juga dengan konsultasi yang pensyarah akan buat..namun, kelibat ahli-ahli kumpulan umi masih tidak kelihatan lagi..bila ditanya umi hanya mampu menjawab " mereka tidak dapat datang pada hari ini..." sedih pun ada malu pun ada...ya la banyak sangat kecacatan yang wujud..suahlah questionnaire kajian yang dibuat tidak dibuat dengan betul malah pengenalan atau abstrak dibuat sambilewa saja...Allahu Akhbar!! umi tidak terkata langsung..kena semua kerja umi yang buat ka???? dahla isi-isi kandungan umi kena buat benda remeh ni pun umi kena buat jugak??!! ini sudah melampau..sangat-sangat melampau...penat semalam pun belum habis lagi...muncul pula penat yang baru...mahu tidak mahu umi kena buat juga kerja orang lain sebelum pensyarah itu bising..petang itu umi terpaksa lagi ponteng kelas ko Q...selesai buat kerja orang umi teruskan usaha untuk buat kerja umi..

esok kelas umi kena mengajar dalam kelas jadi umi kena bersiap sedia..arrgghh!!! pang!!! bunyi laptop diketuk....bukan jatuh..umi sakit hati sangat-sangat sebab lesson plan atau perancang mengajar umi rosak..maksud umi file tersebut corrupted..padahal kena mengajar esok ni...umi jadi lemah..umi pergi satu sudut bilik dan nangis sepuas-puasnya...besar sangatkah dosa umi sampai Allah uji macam ni...umi sudah tidak terdaya lagi..malam itu umi ada meeting..kiranya urgent la..pasal file rosak tu umi minta tolong seorang kawan ni...Alhamdulillah dia sudah pun selesaikannya..lupa pula malam ni agak sibuk juga sebab umi ada satu lagi ujian subjek Telekomunikasi..


khamis
sepatutnya umi kena mengajar pagi ini...disebabkan umi letih dan tidak bermaya umi tidur lebih sikit sampaikan umi ponteng kelas Asas Elektronik pagi itu..dalam keadaan kelam kabut umi terjatuh dekat tangga fakulti..pening pula lepas terjatuh tu..umi teruskan juga pergi kelas..petang tu umi ada ujian lagi..subjek Komunikasi Berkesan...study pun tidak cukup macamana mahu jawab dengan baik...hanya mampu berserah pada Allah saja..tidak cukup dengan kepenatan ditambah lagi dengan kerisauan... umi dikhabarkan ibu umi jatuh sakit...fikirkanlah kalau anda berada di tempat umi..???macam-macam perasaan timbul...memang umi senyum tapi hambar..
ada yang mengatakan umi tidak seperti dahulu yang selalu ceria..
umi pun tidak tahu mahu kata apa...

dan ini adalah minggu menyeksakan yang pernah umi rasa...walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan..

Saturday, February 16, 2008

peduli??

pedulikah aku terhadap Dia?

pedulikah aku terhadap dia?

kita memang insan yang sentiasa berbuat kesilapan...

tapi kita juga tidak semestinya insan yang sedar akan kesilapan...

buat sehabis baik dalam perhubungan jadi kita tidak akan rasa menyesal..

p/s: baik umi pergi cari dia...

Sunday, February 10, 2008

tepatkah pilihan ku???

salam dunia...

mungkin bagi sesetengah orang senang membuat keputusan dalam hidup...
mungkin juga bagi segelintir yang lain mengatakan amat sukar membuat keputusan dalam sesuatu perkara...

itu terpulang bagaimana kondisi perkara tersebut...adakalanya sukar adakala senang..macam baru-baru ini umi hendak membuat keputusan muktamad tentang...sesuatu..

peluh merenik...kepala bagai dihentam...tidak tahu bagaimana hendak menentukannya..seperti biasa air mata juga bercucuran..

mujur abang umi menasihatkan umi agar solat istikharah...umi buat keputusan..akhirnya itulah dia...

memang benar kalau apa-apa pun yang kita lakukan sentiasa diiringi Allah semuanya akan menjadi baik...Alhamdulillah..

Friday, February 8, 2008

apa nak jaDi??

baru-baru ni umi pergi ke Subang..biasanya umi akan merasa bosan bila pergi ke sana..tapi kali ni tak pula..hah!! umi tahu kenapa sebab kali ni dapat main bowling puas-puas..orang belanja pula tu..yahoooo!!

astaghfirullah..nasib baik dah balik kampus..kalau tidak biar umi tidur saja di tempat main bowling tu...

tu hanya selingan..saja ingin berkongsi pengalaman...bila tengok topik tu nampak macam marahkan..tapi bukanlah minah oi!!ada satu perkara yang umi pun kira-kira tengah fikirkan..kahwin?? bukan..

" apa yang kita mahu kadang-kadang terlepas, tapi apa yang kita tolak tu yang mengejar kita.." umi cakap ni skop universal ya..pernah tidak anda mengalaminya??
apa nak jadi??geram bercampur sedih pun ada...

bila difikir-fikirkan balik adakalanya kita tidak sedar bahwa yang mengejar atau yang kita tidak mahu tu banyak kebaikannya..namun, itulah manusia bila dah tak ada barulah menangis dan dihargai..huwaaa!!

jadi, senang saja berdoalah pada Allah..agar apa yang kita pilih tu nanti adalah yang terbaik bagi kita..hanya Dia yang tahu segala-galanya tentang apa yang terbaik untuk kita...itu pasti!!

tapi bila sesuatu perkara yang kita tolak tu banyak menimbulkan masalah, janganla sedih pula..Allah sudah pun menyelitkan hikmahNya sebaliknya..bersangka baik pada Allah..macam Allah turunkan hujan..selepas tu mesti ada pelangi yang indah terbentang..

p/s: hidup mesti diteruskan...jom main bowling!!!

Thursday, February 7, 2008

pesanan ku untukmu..

sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci. Ya Allah, Engkaulah yang punya segala- galanya. Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa. Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu. Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu! Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal. Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!

Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya. Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti. Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian. Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi. Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu. Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku? Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas..

Sahabat.. renungkanlah...... yg bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama dlm suka & duka, menegur kesilapan, memuji kebaikan,menutup keaiban tatkala teralpa dialah mengingatkan, tatkala bergelap dialah yg menerangi, tatkala terkurang dialah menambahkan, tatkala terlebih dialah jd pengagih..beban berat sama dipikul, beban ringan sama dijinjing, sentiasa ada waktu diperlukan..krn tawa & tangis sahabat itu sentiasa berpintal, bertemu & berpisah cuma hanya dgn Redha ILLAHI.. moga makna ini terus kau terjemahkan, buat generasi dhadapan... sebuah persahabatan yg hakiki.................................

Saturday, February 2, 2008

pergi pantai...



sekarang ni cuti pertengahan semester..seperti biasa pelajar-pelajar semenanjung pun balik kampung...pelajar oversea??ada yang pergi melancong, ada yang pergi ke rumah saudara masing-masing..

sama seperti umi, umi akan ke kuala tapi sebelum itu umi bersiar-siar ke
pantai...Desaru...Pantai Tanjung Balau...Batu Layar...


sekali-sekala rasa seronok juga pergi ke pantai ni..dapat tenangkan fikiran..walaupun dengan mendengar deruan ombak hati umi terdetik rasa rindu pada ibu..namun, tak adalah rasa rindu yang sama semasa berada di kampus...

umi ke sana bersama 3 orang teman umi..semuanya rasa gembira..
sekurang-kurangnya umi tidak ingat dia sangat..hehehehe...

p/s: antara 3 pantai tu rasanya yang cantik...hurm..pantai Bak-Bak..(Kudat, Sabah)!!

Friday, February 1, 2008

senyum sajalah...cheeesseee...!!

hari ni malang lagi la...
masa tadi sebelum keluar pergi ke kelas..umi terjatuh lagi..makcik sorang tu pun ketawa tengok...umi?..tersenyum sajalah apa lagi...

lepas tu..umi naik bas..pun jatuh lagi ni lagi malu ramai pula tu yang menyaksikannya..apa lagi umi pun senyum sajala..heeee..

tidak cukup disitu umi masuk kelas tiba-tiba dahi sakit arrgghh...~ rupanya terlanggar pintu....ingatkan pintu tu terbuka....hish! senyum lagi..heee

huh...kenapala umi hari ni..asyik jatuh pula..bukannya tidak biasa tapi nampaknya sudah keletihan asyik jatuh saja....umi belek kaki..tak bengkok pun..

p/s: senyum tu sedekah...~

Thursday, January 31, 2008

bila terasa rindu....

hari ni hari khamis yang sangat memenatkan....bukan apa kelas bermula awal dan berakhir lambat...

kawan-kawan umi semuanya sarat dengan monyok muka...
ada yang sudah pun melelapkan mata ketika maghrib..tidak apa umi faham..keletihan kan..

hari ini umi ada kelas komunikasi berkesan..dalam salahsatu slot pensyarah tu..beliau menyebut tentang cara-cara mendidik anak-anak kecil..tiba-tiba....

airmata umi mengalir...isk..isk..
umi memang macam ni suka menangis dan bazirkan air mata..

umi teringat adik-adik kecil umi..baihaqi, batrisya, dan aisyah...
umi masih ingat lagi...sewaktu umi masuk ke dalam balai berlepas aisyah dan batrisya memeluk umi sekuat-kuatnya..kononnya tidak mahu melepaskan umi pergi..
tangisan mereka berngiang di telinga umi ketika kelas tadi...

adakah umi ni homesick???...ibu pernah berkata kalau orang tu rindu kita, kita akan ingat dia secara tiba-tiba...umi tak dapat menahan sebak lalu umi paksa diri ketawa..nasib baik pensyarah tu buat lawak kalau tidak agaknya macam orang gila umi nanti..ketawa sendiri!!

p/s: umi rindu makan siput laut..bila agaknya boleh makan lagi..??hurmm..

Tuesday, January 29, 2008

gerimis yang tidak terhenti tadi...2!

entahlah..agaknya umi sudah tidak berfikir secara matang...hehe ya kah???

asyik-asyik menangis saja...kemudian, kawan umi pujuk umi....belikan barbie doll la...belanja main bowling la...
semuanya tidak menjadi...setahu umi senang saja umi ni lembut selepas dipujuk...
namun kali ini tidak juga reda...

tadi...umi senyum gembira tapi...hati menangis..macam-macam terbayang..atuk, mama, bapa,adik-adik umi yang comel-comel...dan..dan..dan..

err..rr...dia la...umi amat menghormati hubungannya tapi umi tak dapat melupainya...
sakit..hati..

gerimis yang tidak terhenti tadi...

petang tadi la....
sedih sangat-sangat...
ganggu emosi umi...

nilah akibat kerja yang bertangguh..
semuanya serba tak kena..
kemudian orang ketawakan pula tu..
Allah...!!

sepanjang 1 jam kelas tu la gerimis dari gigi mata umi asyik bercucuran..
lama-lama makin deras...
sampai sahaja di bilik terus umi tutup mata..
malam, sudah pun lupa..
nasib baik...

daripada umi tunjuk tangan pada kawan umi kenapa tidak umi yang buat semua tu..
nampaknya..salah umi..

Sunday, January 27, 2008

oh..aku terasa..

catatan kali ini mengenai kawan baik umi, ira...

dari emel ira terima ini kembali dari hamba Allah..
kau ibarat embun pagi, sejuk dan mendinginkan diriku..
kau padam api amarahku dengan senyumanmu..itu cukup untuk menyejukkan hatiku..pabila ku jeling-jeling manja dahulu..
begitu sopan sekali ibarat perempuan melayu terakhir.....


ada lagi...
hatiku ibarat kerak nasi kau tuang air keatasnya menjadi selembut bubur..
masih tak sedarkah dikau wahai puteri bahwa aku benar-benar menyintaimu walaupun kau jauh dari pandangan mataku...
namun, ketahuilah kau amat dekat dihatiku..sesungguhnya berilah aku peluang untuk menyayangimu...


hebat beb!! x sangka lelaki yang begitu garang mampu mengeluarkan kata-kata sebegini...sangat puitis dan indah..boleh menang anugerah sayembara puisi ni..

namun, itu bukan isu umi..selepas ira terima emel ini ira menampakkan kebisuannya..
umi tanya ini luahan hati mr.s ka?? dia menggeleng sungguh...habis tu siapa??
ira melepaskan keluhannya..."dari orang lama yang sudah berharap supaya kasihnya berbalas..."
"apa????"
" ya..umi kenal juga waktu kita tinggal di sandakan dulu..."
"ooo..apa yang dia mahu??"
" setuju menjadi surinya.., jadi permaisuri istananya.."

ira tidak terkata apa lagi baginya ini amat sukar..ya lah dia kan mencintai orang lain..
tiba-tiba ira bersuara...
"umi, sebelum ni ira juga sudah minta pendapatnya mr.s.."
" jadi bagaimana??"
" nampaknya dia macam tidak galakkan ira menerima insan itu atas dasar simpati saja.."

itu betul ira...kita tidak berhak mempermainkan perasaan sesiapa malah menyakiti..tidak sekali berhak..

ira berlalu tanpa beritahu keputusannya..ya la umi hanya mampu mendengar namun, mencampurinya dalam membuat keputusan..tidak..

umi juga pernah mengalaminya umi menyayangi insan itu tapi hakikatnya, dia hanya menganggap umi kawan saja...walaupun begitu, umi memohon pada Allah agar dijauhkan darinya secara baik agar umi tidak merosakkan hubungan orang lain..

Monday, January 21, 2008

perancangan dan hasil...

salam...
selalu umi dengar "perancangan yang baik menentukan hasil yang menarik.."

tapi sejauh manakah ia benar dan sah??..anda sendiri alami..

subjek bahasa inggeris yang umi ambil kali ini agak mencabar...iaitu membuat kajian bermula dari latarbelakang kajian, mengambil data, sehingga penutup kepada kajian...

kajian ini melibatkan kerja berkumpulan..umi pun kadang-kadang tidak pasti samada perancangan kerja tugas yang bengkok atau disiplin patah sama sekali..

apa tidaknya umi dengan susah payah cari maklumat tapi bila umi minta sesuatu dari ahli kumpulan umi..semuanya memberikan berbagai-bagai alasan..

umi tidak marah tapi umi amat pentingkan disiplin..maknanya..umi marahla tu..hehehe

tajuk yang kumpulan umi pilih agak sukar juga terutama dalam pencarian kajian-kajian lain yang boleh menyokong kajian umi..

umi tidak mahu menyakitkan hati sesiapa dan hanya mampu ikram..jadi umi pun tukar perancangan dengan melonggarkan masa pencarian maklumat...namun, itu jugak yang berlaku...hishh!!!

akibatnya, umi melepaskan geram pada patung kesayangan umi, Bilut...

itu yang bermain dalam minda umi...adakah perancangan yang baik menentukan hasil yang baik??????????

p/s: kadangkala sesuatu yang tidak dirancang juga menghasilkan sesuatu yang terbaik...itu sebab dari Allah...

Saturday, January 19, 2008

wanita yang bersuara keras..

kali ini umi rasa nak bercerita..
tu hah kat atas tajuk tu..wanita bersuara keras..siapa dia ni sebenarnya..eh bukan umi ya..

" pada hari Isnin umi pun tidak pasti samada masa tu hujan ke? ribut ke?taufan? tapi apa yang pasti ia berlaku pada Isnin pagi..

Di zaman Khalifah Al-Makmun memerintah ada seorang wanita kampung berbusana sederhana telah melaporkan kes kepada Khalifah Al-Makmun..jadi beliau membuat persidangan atas sebab kes tersebut.

seperti biasa, kalau ada saja persidangan mesti ada hakim dan jurinya jadi, khalifah dikelilingi oleh menteri yang bertindak sebagai hakim.. siapa yang dituduh sebenarnya ni?? seorang yang agak istimewa iaitu Abas seorang putera dari Al-Makmun..

Hujah demi hujah dilemparkan, minit demi mint perdebatan semakin rancak. oleh sebab wanita itu sudah tidak tahan lagi dengan hujah yang Abas lontarkan yang dirasanya tidak adil maka, wanita itu bersuara keras dan meninggi.

Menteri-menteri disekelilingnya lantas menegur wanita itu, " perlahankan suaramu itu..engkau sedar bukan dengan siapa kamu engkau berbicara??.."

Khalifah Al-Makmun pantas menjawab" Biarkalah..Hanya dengan kebenaran yang mendorongnya berbicara keras. Sedangkan kebatilan cenderung membuat orang diam membisu.."

perbicaraan selesai dengan kemenangan wanita itu..

p/s: di Kedah orang berteriak di maksudkan menangis manakala di Johor orang berteriak itu dikata menjerit..

attention class...!!!

Bismillahirrahmanirrahim....

semoga segalanya berjalan seperti yang dikehendaki..amiinn...

sem depan bermula episod baru dalam hidup umi..eh bukan umi mahu mendirikan masjid tapi...umi akan mengajar dan bergelar cikgu...

banyak pengalaman yang umi dengar..gembira, suka, derita..penat dan macam-macam lagila..

satu senior telah menceritakan pada umi tentang pengalaman beliau menjalani latihan mengajar..beliau memilih sekolah yang berada di kawasan bandar..Masya Allah!! punyalah teruk pelajar-pelajar di situ... ada di antara pelajar yang memang tidak pandai menghormati guru..bayangkan ada yang menjelir lidah pada cikgu..Astaghfirullah yang lain berani keluar dari kelas tanpa minta kebenaran dari guru yang sedang mengajar...apa dia ingat sekolah tu bapa dia punya...

bahaya..bahaya...umi tanya apa yang dia buat pabila berhadapan dengan situasi sebegitu..dia dengan tenangnya menjawab..dia hanya mampu berdiam diri..Allah itu Maha Adil bukan??

kenapala pelajar-pelajar sekarang ni suka membantah..sudahla kurang ajar pulak tu...
kalau umi yang berhadapan dengan situasi macam ni agaknya dapat highblood umi nanti..

namun, itu bukan penghalang bagi umi untuk terus berjaya sebab yang bagi kejayaan itu bukannya mereka tapi Allah yang Maha Esa..

p/s: bila cikgu 'sentuh' sikit..terus keluar media konon cikgu pukullah..dera lah..kalau macam ni baik jadi doktor haiwan..

Thursday, January 17, 2008

kahwin???

kahwin ni susah??? siapa yang berkata begitu..adalah...
Alhamdulillah adik umi sudah pun bergelar seorang isteri..namun, soalan bertubi-tubi tidak berhenti dari sekeliling umi.."umi bila lagi??"

alamak!!gulp! mahu dijawab lambat lagi nanti terjumpa jodoh awal pula..hanya mampu berserah pada Allah sahaja.

menyedihkan juga sewaktu majlis tersebut berlangsung. tika itu, umi tidak memakai seragam yang ibu suruh sebaliknya umi berpakaian seperti tetamu...pabila umi duduk di bahagian belakang majlis, disitulah perasaan marah, geram rasa macam mahu saja ditikam orang sekeliling. zalim juga bunyinya...apa tidaknya..kata-kata sebegini dilemparkan..

" kasihan kakak dia ba..belum jumpa jodoh...."

"belajar tinggi-tinggi pun kalau lambat kahwin malu pok!!"

" ku dengar si kakak buat hal bila ibunya suruh bertunang..."

" lain pula ku dengar ba itu..yang ku pasti kakaknya seperti belum matang..masih terkinja-kinja seperti kanak-kanak.."

inilah antara ayat yang dilemparkan untuk umi..sedih bukan?? mereka mengulas tentang umi sbelum mengenali umi, bersemuka dengan umi..

yaaa...!! umi bukan tidak mahu kahwin tapi belum waktunya..

p/s: kahwin itu sunnah Nabi..


Friday, January 11, 2008

waduhh 2!!

hanya mampu bersabar pabila masalah bertimpa-timpa...
namun kerna ingin berjaya tabahkan hati sajalah...

biarlah rahsia...bak kata datuk siti nurhaliza..

oleh sebab umi pulang lewat ke kampus nampaknya banyak masalah timbul..begitu juga ira..terpaksa berhadapan dengan pensyarah dan berhujah sepenuhnya..harap-harap mereka faham..

silibus pula sudah banyak bermula..waduh..pening lagi..
yang lagi teruknya umi juga kehilangan duit..kalau ibu tahu pasti ceramahnya panjang lebar..tidak ku sangka jadi begini..

tapi..apa yang umi harapkan semuanya berlalu dengan cepat..

baru saja umi sampai sudah tiba tawaran berlakon..hehe bukanlah tawaran menjadi pengacara majlis....pertama kali umi ingin menolaknya tapi disebabkan kawan tersebut sangat mengharapkan komitmen umi maka dengan rasminya umi menjadi pengacara majlis tersebut..moga itu juga berjalan dengan dengan jayanya..