Wednesday, April 9, 2008

mama, aku mahu kahwin...

assalamualaikum..

jangan silap dan salah ya..itu bukan ungkapan kata dari umi...ingat umi ni desperate sangat mahu berkahwin..

ni pasal abang umi ingin mendirikan masjid bersama permaisuri hatinya...

kenapa la mereka semua ni mesti kahwin...

tahun lepas adik perempuan umi..sekarang ni pula abang umi..geramnyaa...
tinggallah umi seorang nanti..isk..isk..

pagi tadi, abang umi call dan mengadu yang keluarga belah perempuan minta hantaran tinggi tuuu..rm10k

Allah...bukn terkejut dengar nilai tu tapi terkejut dengar berita selepasnya..pihak perempuan mahu kami sekeluarga pergi merentas laut china selatan semata-mata untuk proses merisik...

umi tumpang sedih dengan keadaan abang yang agak huru hara masa ini...tapi siapa suruh mahu juga berkahwin..tanggungla sendiri..

hish..tak baiknya kan..sepatutnya kenala doakan orang yang ingin melakukan perkara baik...bukan senang nak pergi merentas laut china selatan dengan adik beradik dan keluarga yang ramai..

semua memerlukan fulus...adik-adik umi masih kecil lagi..mana nak cari tempat berteduh lagi..

kasihan...Insyallah nanti ada la tu rezeki..Allah akan sentiasa menolong hambaNya..selagi kita tak minta selain dari Dia..

semoga kita mendapat kaf, ba , ro, kaf, alif, ta, nun..
KEBERKATAN...

2 comments:

musafir said...

Umi bila lagi?

humaira said...

uish..lama lg laa...30 tahun kut..wahahaha