Friday, April 11, 2008

bergaya dan anggun....


assalamualaikum...

ramai juga yang mengatakan umi tidak matang lagi...padahal umi sudah boleh makan dan tidur sendiri tanpa perlu didodoikan...setuju kan...????

cakap pasal bergaya dan anggun..umi rasa ia salahsatu cara untuk mematangkan diri...
jikalau umi perhatikan semua kawan-kawan umi pun belajar untuk bergaya...

tidak apa bergaya asal jangan melampau..paling penting tutup aurat..
tapi kita kena terima bahwa masih ada orang lain yang tidak dapat menerima fesyen baru muslimah..kenapa???

betul jugak tau..kadang-kadang orang mengguna alasan ini untuk mengelak dari kesalahan..yela bila pakai baju ketat dan sendat serta tersekat katanya fesyen muslimah zanman sekarang....banyak cantik!! itu fesyen mu bukan fesyen muslimah..

lagi satu pernahkan anda lihat baju t-shirt labuh??...agak keliru juga..ada di antara kawan umi mengatakan pakai t-shirt macam ni nampak lagi seksi..ish..ish..entah dari sudut mana dia melihat keseksian itu...

lepas itu bila ditanya pakai baju t-shirt pendek tu pulak macamana???dia terdiam membisu..

sama-sama renungkan ya..kita muhasabah diri selalu..

Wednesday, April 9, 2008

mama, aku mahu kahwin...

assalamualaikum..

jangan silap dan salah ya..itu bukan ungkapan kata dari umi...ingat umi ni desperate sangat mahu berkahwin..

ni pasal abang umi ingin mendirikan masjid bersama permaisuri hatinya...

kenapa la mereka semua ni mesti kahwin...

tahun lepas adik perempuan umi..sekarang ni pula abang umi..geramnyaa...
tinggallah umi seorang nanti..isk..isk..

pagi tadi, abang umi call dan mengadu yang keluarga belah perempuan minta hantaran tinggi tuuu..rm10k

Allah...bukn terkejut dengar nilai tu tapi terkejut dengar berita selepasnya..pihak perempuan mahu kami sekeluarga pergi merentas laut china selatan semata-mata untuk proses merisik...

umi tumpang sedih dengan keadaan abang yang agak huru hara masa ini...tapi siapa suruh mahu juga berkahwin..tanggungla sendiri..

hish..tak baiknya kan..sepatutnya kenala doakan orang yang ingin melakukan perkara baik...bukan senang nak pergi merentas laut china selatan dengan adik beradik dan keluarga yang ramai..

semua memerlukan fulus...adik-adik umi masih kecil lagi..mana nak cari tempat berteduh lagi..

kasihan...Insyallah nanti ada la tu rezeki..Allah akan sentiasa menolong hambaNya..selagi kita tak minta selain dari Dia..

semoga kita mendapat kaf, ba , ro, kaf, alif, ta, nun..
KEBERKATAN...