Monday, December 31, 2007

waduhh...

assalamualaikum...

huk..huk..huk..
berhabuknya serambi umi sekarang ni..almaklumlah sudah lama tidak dikunjungi..
namun..ada juga orang yang datang berkunjung kemari..terima kasih sudi ngabang di serambi yang tidak seberapa ini..cehh!

rasa gembira berada di rumah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata lagi..di tambah lagi dengan kemeriahan adik beradik yang sememangnya kecoh dan kepoh..

adik perempuan umi sudah selesai melangsungkan pernikahannya..Alhamdulillah..semoga dia ceria dan bahagia selalu..amiin..doakan dia ya..

banyak lagi yang ingin di luahkan disini tapi umi amat sibuk dalam beberapa hari ini...bernula dari cerita adik umi yang baru berumur 2 bulan sehinggalah kisah pernikahan adik umi yang di renjis dengan cerita lucu..semuanya memerlukan masa..

di tambah lagi dengan persiapan balik ke kampus...

p/s: sabar itu perlu dipupuk..

Wednesday, December 5, 2007

catatan 05 Disember 2007

Catatan 05 Disember 2007 01.56 am

Kali ini nampaknya umi bersiaran dari kampus tapi kolej kediaman lain…sekarang ini umi menumpang di bilik kawan sementara menunggu untuk pulang ke kampung...
Penerbangan umi pada 6 hb iaitu hari khamis membuatkan umi berasa sangat bosan...
Tidak tahu mahu lakukan apalagi jadi umi pun melibatkan diri dalam gerak kerja kawan umi...

Beberapa masalah dihadapi sekarang ini...bukan masalah kalau tidak jadi musibah maka, anggaplah ia cabaran agar jadi kekuatan...

Terutamanya masalah komputer riba umi rosak...huhu...rasa ingin saja di baling benda itu tapi kawan umi sudah pun menasihatkan umi agar jangan emosi menguasai diri..
Apa tidaknya segala bahan kerja umi tertinggal di dalam tu....siapa pun akan merasa geram..!

Kerosakan ia menyebabkan umi sukar terlelap waktu malam macam putus cinta saja...sebab itu umi berkarya melalui komputer meja kawan umi..sebab itu jangan pelik kalau setiap post itu terselit catatan...sebabnya umi akan tetap berkarya walaupun tanpa kehadiran komputer riba umi...

Ira, In, sany..dan lain-lain sudah meninggalkan umi di sini... sunyi...tapi sejak mereka pergi umi didatangi tetamu baru..kumpulan ini dinamakan budak Desa Bakti..mereka terdiri dari Iskandar(Is), Amirul (Mirul), Ridwan(Iwan), Syakirin(Kirin), Hafiz, dan Izat...

Ada yang berumur 11 tahun(darjah 5)..budak UPSR, dan yang paling tua 14 tahun...
Semuanya kecil dan lincah..mereka menemani umi bermain bola keranjang di kolej setiap petang...bila bermain bersama mereka, teringat masa umi kecil-kecil dulu..yalah umi kan terlepas kenangan manis mandi sungai, lastik burung, main ten ten, main getah, dan panjat pokok serta tunggang basikal...umi hanya duduk rumah sebab ayah langsung tidak membenarkan umi keluar..paling kurang pun keluar untuk ke sekolah saja....

Bermain bersama mereka memerlukan metabolisme yang tinggi la....semuanya aktif..umi sudah termengah-mengah mereka pula masih berlari-lari..tapi yang bestnya semuanya lawak....mereka yang ajarkan umi cara tunggang basikal...malu juga sebab semuanya asyik gelak..
” dah besar pun tak tahu main basikal lagi??????”
” buat malu negara je....” selepas itu semua gelak...hahahahahahahaha...

Shhhh...janganla bising umi ni dulu suka duduk rumah jarang sangat keluar...kan masih belum terlambat lagi..boleh lagi kalau mahu belajar....banyak kali juga jatuh akhirnya boleh tapi sikit saja....
Insyallah umi akan tunjukkan gambar mereka...

p/s: tidak akan aku berputus asa...

catatan 04 Disember 2007

OH PELAJAR PEREMPUAN…

Semasa di sekolah menengah dulu anda pernah di pukul???di rotan?? Rasanya jarang bukan..begitu juga umi paling teruk pun umi kena denda jalan itik..penat tu..sakit pinggang....aduhh!

” Awas pelajar perempuan, fikir dua kali sebelum melanggar peraturan sekolah...” kenyataan ini nampaknya berbau amaran...adakah ini dendam??..oh tidak!! Kita lanjutkan kenyataan tersebut...

” anda mungkin dirotan apabila Kementerian Pelajaran mencadangkan Peraturan-Pertauran Pendidikan (Disiplin Murid) 2007 dilaksanakan tahun depan.” inilah lanjutan kenyataan tersebut....umi petik dari Harian Metro, Isnin, 3 Disember 2007...
Tajuk besar artikel tersebut ialah Niat Mendidik, bukan Benci...

Peraturan itu mengutarakan 21 resolusi, salah satunya mengenakan hukuman rotan kepada pelajar perempuan yang melanggar peraturan...nah!! inilah kaitannya kenyataan awal yang umi tebukkan tadi..

Bukan amaran, bukan juga dendam malah benci tapi niat ikhlas untuk mendidik anak bangsa kita..mungkin caranya nampak kasar tapi cuba fikirkan diri kita dapatkah kita sedar akan kesilapan kita selagi kita tidak merasai sakit...

Analoginya, contoh seorang mat rempit...kalau dia masih lagi dalam keadaan sihat walafiat dia akan gian lagi untuk bermain dengan motor kesayangannya dan cuba untuk menghasilkan style terbaru untuk kegiatannya...tapi kalau dia sudah kemalangan teruk dengan kaki serta tangannya tanpa berpasangan...(Nauzubillah)...adakah dia akan bermain-main lagi?? Tentu tidak sebab ketika itulah dia menyedari akan berharganya tangan dan kaki yang Allah berikan....

Ini baru rotan cik adik.....cuba tanya ayah atau ibu kita dulu-dulu masa zaman datuk nenek kita...apakah hukuman yang diberikan jikalau kesalahan hanyalah sekecil zarah..?? ada diantaranya yang terpaksa jalan seperti itik akibat dipukul menggunakan kayu...woo! bukan kayu kecil tapi besar...

Peraturan inipun baru amaran bahawa tiada lagi diskriminasi gender dalam pelaksanaan hukuman. Tambahan lagi, masalah disiplin pelajar perempuan zaman sekarang sudah berada di tahap serius...hukuman ini dianggap adalah alternatif terakhir bersyarat hanya guru perempuan sahaja yang boleh merotan pelajar tersebut..

Akan tetapi, cikgu wanita mestilah berwaspada untuk merotan itu. Buatlah kajian yang mendalam dahulu. Jangan main sedap hati saja tibai anak orang. Lagi, cikgu wanita yang baran perlulah mengelak dari menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam kepada murid. Biasalah kan perempuan angin monsunnya datang setiap bulan..faham-faham sajalah..

Bila itu terjadi akibatnya, berlakulah dendam lara dari pelajar kepada guru. Hal ini kerana bukan semua pelajar menerimanya. Laksanakan hukuman itu tanpa ada rasa pilih kasih.. umi juga mengingatkan diri sendiri sebabnya satu hari nanti umi juga bergelar warga pendidik..dekatilah anak didik itu sebagai amanah bukannya musibah yang menyebabkan masyarakat itu memandang kita dengan sinis.

p/s: selain rotan...apalagi umi fikir kita boleh guna ya???..renung-renungkan...

catatan 01 Disember 2007

Assalamualaikum..
Sebelum ini umi meyatakan yang umi tidak akan pulang ke kampung kan..?? kenyataan itu berubah menjadi umi akan pulang ke kampung…
Sekarang ini umi berada d kampus…kiranya bersiaran dari sini sementara menunggu tibanya masa untuk pulang ke kampung..
Utm menampakkan kesunyian dan kebisuannya..hanya terdengar bunyi burung berkicauan…macam hutan tebal tiada berpenghuni…
Walaubagaimanapun…bukan itu ceritanya kali ini…mahu rasanya disambung lagi cerita ira itu…

Oleh kerana kesedihan yang berpanjangan , nampaknya ira akur hakikat yang ada..
Dia sedih dan akhirnya membawa diri pulang ke kampong halaman..
Lebih tenang dan aman katanya..

Memang benar kita ini perlu berhadapan dengan masalah yang ada tapi selalu kah anda berbuat demikian?? tepuk dada tanya iman…. Setiap dari kita adalah berbeda sama sekali..itulah uniknya ciptaan Allah yang Maha Kuasa…

Disebabkan perbedaan itulah sesetengah atau suku dari kita juga tidak dapat berhadapan terus dengan masalah yang ada.. apa lagi yang ingin di lakukan melainkan membawa diri serta harapan agar kita lupa ingatan tentang apa yang berlaku..
Ibu pernah menceritakan pada umi sikap wanita majoriti di selatan Filipina..kata ibu golongan lelaki di sana ramai antaranya adalah pemabuk ..terdiri dari golongan pemuda mahupun tua..dengan kata lain para suami la..bila sudah mabuk ada yang membunuh anak…memukul para isteri…lupa pula umi nyatakan selain pemabuk, wujud juga golongan yang suka mendera isteri dan anak-anak mereka…walhal mereka ini masih waras…hish..hish..hish..

Disebabkan kejadian ini kerap berlaku maka, para isteri pun mengatur langkah untuk keluar dari rumah meninggalkan anak dan isteri..pertama kali umi mendengar cerita ini umi membuat inferens bahawa mereka takut untuk berhadapan dengan masalah..tapi….
Bila dengar asbab kenapa mereka melarikan diri..kini umi lebih menghargai ibu umi…
Begini…
Ramai di antara mereka yang punyai ramai anak..kalau dia melarikan membawa bersama anaknya nanti dia berserta anak-anaknya akan hidup merempat..oleh itu, si ibu akan keluar dari rumah dan berusaha untuk memajukan diri demi kepentingan anak-anak..bila sudah hidup senang barulah akan pulang ke rumah dan membawa bersama anak-anak mereka…kemudian, barulah si suami akan sedar yang dia tidak boleh hidup bersendirian tanpa ada keluarga tersayang disisi…

Jadi, umi juga turut menyetujui keputusan ira untuk membawa diri…mungkin ada baiknya…
Kan rumah itu syurga kita juga…di dalam syurga itu ada kegembiraan …kegembiraan itulah yang akan mengubat hati ira..mudah2 an…umi dikhabarkan yang ira menghidap apendiks..sepatutnya dia dibedah pada bulan Mei yang lalu..tapi disebabkan kedegilan ira dia TERPAKSA dibedah dalam bulan Disember ini..
Semoga ira sihat hendaknya..Amiin..

p/s: umi menghidap penyakit gastrik..tidak di bedah pun…pelik..padahal kedua-duanya terkena di perut.

Friday, November 30, 2007

alahai temanku....

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Kerna ku terlanjur menyintai dia
Inilah salahku….
Sixth sense

Ingat lagi cerita sedih ira….

Kini ira tidak dapat melupakan mr. s…
Sangat sedih…
Apa yang mampu umi lakukan adalah meyakinkannya bahawa cinta agung adalah cinta dari Dia…

Tapi…tengokla Allah memberi nikmat dan antaranya adalah memberi kita perasaan untuk berkasih sayang…
Walaupun kita tidak selalu mengingatiNya..
Namun, Dia tetap mengiringi kita dalam setiap tingkah dan akal kita…

Hah…umi beritahu pada dia yang kita seharusnya cintai sesiapa yang cintai kita…tapi itulah wanita..setianya sampai bergunung ganang..berbukit bukau…ada yang sanggup di jadikan hamba…hatinya lembut cepat tersentuh

“ carilah orang lain…..”sambung umi..

Ira lantas menyahut,
“ tidak umi…rasa payah dan susah untuk menerima orang lain bila hati kita sudah pun jatuh padanya…”

“ ira tahu manisnya cinta Ilahi tapi apa mahu di buat lagi kalau Allah memberikan kita perasaan yang meninggi ini…” sambung ira..
Umi tidak mahu menyambung lagi nanti bertambah sedih pula kawan umi…

Biasalah tu awal-awal ni sedih sangat-sangat tapi semakin masa berlalu nanti lupala ira tu pada mr. s..

Umi yakin sebab perkara yang sama berlaku pada umi juga dahulu..tapi itu semua buatkan umi jadi matang..(ya ka??)

Peredaran masa menyebabkan umi juga semakin lupa tentang hal yang berlaku…
Bak kata ibu ..nantikan cinta yang ikhlas dan suci dari suamimu…

Cuba fikirkan dari sudut yang positif atau cuba bersangka baik dengan Allah …Dia tidak mahu kita lalai dan hanyut dengan perasaan kita sendiri jadi sebab itulah Dia menjadikan keadaan itu begitu..Dia amat menyayangi kita sehingga Dia mahu kita hanya menyayangiNya sehingga tiba masa yang sesuai Dia berikan kita kasih dan sayang dari hambaNya pula…

Renung-renungkanlah….

Thursday, November 29, 2007

oh..tidak! kau milik orang lain..

petang tadi umi menghabiskan masa lapang dengan bermain boling di Batu Pahat Mall..

sedang asyik bermain tu umi dapat sms dari kawan umi yang menghadapi masalah..

begini..
ira(nama sebenar) ni amat rapat dengan seorang lelaki yang boleh di anggap sebagai kawan..lelaki ni umi bagi label sebagai mr. s ya...

ira ni memang seorang yang baik, ceria, manis(anak kacukan beb!), dan masih keseorangan lagi..mr. s muncul dalam hidupnya dan mengisi kekosongan yang ada...

ira ni pun cair la..bukan apa dia kata mr. s ni pun ceria dan boleh ceriakan hidupnya..kiranya satu kepala la..angin monsun pun sama..

mereka rapat dengan peredaran masa selama 1 bulan beberapa hari minggu yang lepas diikuti hari ini dan beberapa jam yang lalu..

ira silap dia hampir terjatuh hati pada mr. s sedangkan yang mr. s ini sudah ada wanita yang bertakhta di hati..

lalu umi tanyakan apa yang kamu minat pada diri mr. s tu...

ira kata mr. s ni selalu ambil berat pasal diri dia...malah semasa hari lahir ira mr. s ni la yang menggembirakan hati ira..

itulah dia...hati wanita jangan di usik..hatinya akan mudah tersentuh..

sambung ira lagi...mr. s layan ira seolah-olah dia tidak punyai wanita itu di sisi..namun hakikatnya, dia telah mengetahui hal wanita itu dari mulut mr. s sendiri..

parah...nampaknya mr.s ni pun amat jujur orangnya..

umi inginkan pengakhiran kerna itulah yang penting..ira kata dia tidak mahu lagi berhubungan dengan mr. s lagi..kalau ada pun mungkin sudah pahit bukan semanis yang dulu..

ira ni terasa sakit sangat sebab dia pernah menolak orang lain kerana hatinya terpaut dengan peribadi mr. s ni tadi..

kasihan ira...lain kali tanya dulu jadi tak la malu sangat....

p/s:bila dengar kisah ira..umi terus kalah main boling..

Wednesday, November 28, 2007

menarik...

acara klimaks..

menarik...


"ting..tang..ting..tang...."




ini bukannya jam loceng la...ini salah satu muzik yang di dendangkan seiring bersama tarian kuda kepang johor..(kalau tidak silap)..


21 hb...selepas maghrib umi memaksa bukan mengajak kawan baik umi untuk sama-sama menonton Program Merakyatkan Keseniaan diadakan meriah di stadium Bandaraya....


umi mengikutinya kerana ingin melepaskan tekanan yang ada..almaklumlah waktu itu baru saja peperiksaan akhir berakhir..memaksa kawan umi itu pergi bersama pun sebab ingin melihatnya gembira...


berhasil!! kawan umi tersenyum...itulah goal umi...


berbalik kepada kondisi program tersebut...sangat meriah banyak jenis seni tarian dan muzik dipersembahkan...dari Indonesia juga tidak lupa dari Timur Tengah...


yang lagi menarik adalah acara klimaks...gala zapin dari beberapa daerah...kebanyakan penari adalah remaja..nah! kan bagus dilihat begitu..remaja jangan buang masa..melepak dan melaksana kerja sia-sia..sebaliknya masa muda kita mestilah di hargai sebaik mungkin...

remaja-remaja yang memakai tudung semasa menari itu nampak sopan..pada pandangan umi..remaja bertudung yang meminati tarian mungkin bolehlah menceburkan diri dalam tarian zapin...jika dibandingkan tarian lain...

di tempat umi...
kebanyakan tariannya diasaskan oleh orang bukan beragam Islam jadi mungkin tarian sebegini nampak tidak sesuai dirai oleh orang Islam..namun, tidak dinafikan umi pernah menyertainya..begitu juga abang umi..sekarang??ohh..tidak lagi..
semuanya tinggal kenangan..








cuti-cuti malaysia..dan jantung berlubang..

" perhatian kepada penumpang- penumpang ke Kota Kinabalu AK5463 sila masuk ke balai berlepas sekarang untuk pemeriksaan...."

laungan ini sering kali umi dengar ketika umi ingin balik ke kampung halaman....tapi laungan itu nampaknya tidak kedengaran lagi pabila cuti akhir semester ke 2 ini...

eh..tidaaakkk!! bukan umi tidak mahu pulang ke sana tapi masih ada tugas yang ingin di selesaikan Insyallah umi akan balik menjenguk adik umi yang baru lahir itu...sekarang beliau sudah berumur hampir 2 bulan..rindu rasanya..

jantung berlubang

inilah yang kesedihan umi yang di simpan buat masa ini...nampaknya keluarga umi di uji lagi...beberapa minggu lalu umi mendapat khabaran dari rumah mengatakan adik umi itu menghidap penyakit jantung berlubang...sedih kan.. adik Hakim baru berumur 2 bulan tapi sudah ketentuan Nya dia terpaksa menerima hakikat ini..

Ya Allah sembuhkanlah adik Hakim...amiin...

namun, umi telah membaca beberapa artikel mengenai jantung berlubang yang di hidapi oleh kanak-kanak...antaranya adalah rawatan yang tidak berasaskan pembedahan yang di kenali sebagai transcatheter technique atau di kenali sebagai rawatan secara memasukkan tiub yang di panggil kateter tanpa perlu melakukan pembedahan..

lebih lanjut umi nyatakan nya disini...

setelah membacanya umi nampak tenang sedikit...Alhamdulillah masih ada cara..mungkin anda ingin tahu bukan sebab dan kenapa adik Hakim menghidap penyakit tersebut..
pertamanya memang disebabkan Allah ingin menguji hambaNya..dan asbab lain ialah semasa usia ibu umi mencecah 38 tahun ibu umi kerap mengambil ubat-ubatan..kan dadah tu..ibu di landa penyakit alergi yang amat parah juga..sebabnya setiap kali ibu menggaru kulitnya dengan mudah ia akan berdarah..perit bukan?? Insyallah hanya dengan mengambil ubatan penyakit beliau beransur-ansur pulih...

bukan setakat satu malah lebih jenis ubatan yang di cuba..dalam ketika ibu mengandungkan adik Hakim..ubatan itu telah memakannya..

Saturday, November 24, 2007

idea?? hasil?

senang untuk dapatkan idea..namun susah untuk menyusunnya hingga menjadi sebuah karya yang indah....

kadangkala....umi juga mengkagumi bagaimana orang lain boleh melahirkan sebuah buku siap daripada pendahuluan sehinggala ke penghujungnya...

kalau di zaman baju putih dulu umi begitu malas untuk melibatkan diri di dalam kelas Bahasa Melayu sebabnya umi tidak pandai menulis..bukan menulis tapi menghasilkan karya..

umi cuba berkarya namun tidak sampai ke hujung, di tengah-tengah tu umi akan berhenti dan putus asa..padahal idea mencurah-curah datang tanpa di pinta...

tapi..umi tidak putus asa..satu hari nanti umi pasti berjaya..

p/s: pergi bengkel penulisan banyak membantu..

pintu rumah baru...



rumah itu syurga kita juga...
ibu: " iman..akhbar pergi tolong ayah...ayah sedang tukar pintu rumah kita tu...


azka: " kenapa nak tukar??biarkan sajala kan masih elok lagi...


arfa: " yahoo...best la ayah tukar lagipun akh dah bosan tengok pintu lama tu...kalau buat

baru tak bosan la nak jengah pintu tu..


arfa dan azka pun menghulurkan bantuan kepada ayah..


begitulah juga umi..sudah bosan nampaknya melihat pintu lama itu..terlalu ranggi dengan warna merah jambu. umi bukan sudah bertukar selera tentang warna kegemaran tapi umi rasa pintu lama itu tidak matang seleranya..seperti kebudak-budakan..


pabila ingin menukar pintu tersebut banyaklah pula masalah timbul kurang batu bata, simen, pasir, eh..apa ni??


kurang pengetahuan la....gambar yang umi letakkan di atas sekali tu nampaknya terlalu besar..fuhh!! terkejut juga tadi..namun itulah hakikatnya umi masih belajar..


ada ayam di atas pagar,

tiba-tiba masuk ke reban,

umi ini kan baru belajar,

kalau salah tolong tunjukkan..


umi perlu ke pasaraya untuk membeli dan pelajari bagaimana untuk mencantikkan pintu dan masuk sekali rumah umi...


p/s: belajar sambil minum teh dapat tenangkan minda...

Wednesday, November 21, 2007

terharu....

petang tadi ibu umi telefon umi...

usai telefon di letak...airmata bercucuran....

begini..

umi rasa terharu sangat pabila ibu menghadiahkan pada umi 2 pasang baju kurung..
cantik warnanya..enraptured me..

warna kegemaran umi pulak tu..warna merah jambu dan warna ungu....

ibu hadiahkan sempena hari kelahiran umi yang ke 20...( muda lagi ni..)

point of my story is...sudahlah umi terima 2 pasang baju...ibu siapkan pula lagi tudung litup baru sesuai dengan warna baju kurung itu...

umi terharu dan gembira walaupun ibu tidak berapa sihat tapi ibu mampu untuk menyiapkan kain tudung tersebut.....ibu kan baru habis bersalin kulit..eh silap! yang ibu-ibu mengandung tu..sekarang dalam pantang lagi la..

terima kasih ibuku...

p/s: kisah ini jugala yang memberikan petunjuk pada ila( nama sebenar) untuk kembali..

lega rasanya...

assalamualaikum...umi suda 4 hari tidak meluahkan kata..terlalu sibuk menghadapi peperiksaan akhir...semester ini terlalu berat bagi umi bila wujudnya subjek amali fizik moden yang pemberatnya amatlah ringan tetapi cara memahaminya sungguh payah....

apa yang umi dan rakan sekelas lakukan adalah masuk ke dalam makmal..buat eksperimen kemudian tentukan samada berjaya atau tidak...semua itu di lakukan tanpa mendalami pengetahuan fizika yang sepatutnya dimengerti..

namun, buah tidak menjadi akhirnya mendengar perkhabaran dari seorang kakak senior mengatakan semua markah amali fizik menyakitkan mata...

aduhh!! kenapa la jadi begitu....salah kami juga..

itu baru satu belum lagi plus dua subjek sukar sikit untuk di pelajari iaitu Optik dan Mekanik Gunaan...keduanya berasaskan ilmu fizika..

Insyallah segalanya diusaha mudah-mudahan Allah bagi kejayaan..Aminnn...

esok...pukul 9 pagi paper yang terakhir..Asas Pedagogi...sungguh asyik umi lihat kawan-kawan umi hafal nota...serius beb! tersengguk-sengguk pun ada...oppss!!..maaf ya kawan-kawan membongkar aktiviti kita...

tukar syif pun ada ...seorang demi seorang silih berganti untuk mengulangkaji...
tidur pukul 4 kemudian diganti pula oleh seorang pukul 5...

semuanya niat untuk mencapai kejayaan..

p/s: inilah sebab kenapa umi tidak berkarya sibuk exam final.....

Monday, November 12, 2007

apalagi mulailah...

minggu 1: menyedari kesalahan yang lalu..nampaknya semakin lalai..

minggu 2: sudah jarang jumpa kawan-kawan berlainan jantina..lepak sama-sama..makan sama-sama...

minggu 3: tekad dengan megatakan aku mau pergi kepadaMu...(bukan mahu ke jalan mati)

minggu 4: melatih diri dengan mendengar ceramah-ceramah islam..berbalik kepada amalan yang dulu-dulu senantiasa di buat..

minggu 5: apalagi mulailah...setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama..

mungkin ramai yang bertanya..ini apa?? inilah catatan seorang hamba Allah..yang ingin memulkan pembaharuan dalam hidupnya..umi letak disini mana tahu boleh di cedok sedikit untuk jadi panduan..

tapi tadi umia bertanya pada ila ( nama sebenar) kenapa sedih??
begini ceritanya...Ila:" sebelum saya keluar pergi exam tadi saya di sapa oleh roomate saya...
dia melihat saya siap dengan tudung litup saya...lantas saya meluah..saya ingin kembali pakai yang ini..kerana saya sudah rindu lagipun saya sudah jahil tentang agama...

sejak dari bercintan cintun hati saya mula jauh..

umi tanya apa yang kamu sedihkan ni???..." teman sebilik saya cakap pada akulah tidak semestinya orang pakai tudung labuh ini baik dan orang yang pakai tudung kurang labuh ini tidak baik...terpulang pada diri masing-masing...lagipun buat apa kau pakai tudung kalau kau keluar makan dengan orang berlainan jantina???!!!...

saya sedih la umi kenapa perbuatan baik saya tidak di sokong oleh dia...kalau pun dia ingin menegur saya bukanlah caranya tidak kena tapi saya masih ada hati dan perasaan..
saya terasa di sakiti...sambung ila...

umi memulakan kata...di dunia ini ada manusia...manusia itu pula tidak sama sifatnya malah ragamnya...dunia cantik pun sebab dunia ada macam-macam ragam...salahsatu ragam adalah kawan ila tadi...terimalah dia sebagai kawan ila dengan hati yang sabar....ingat ila...jangan berdebat nanti kurang kasih yang ila cambah bersamanya..

itu baru intro umi....laras suara nada lembut..ini dia laras kasarnya lantang berbicara...
"ila apa peduli memang orang kita yang baik ditegurnya sehabis-habis tapi yang buruk itu boleh saja di tengok malah ada lagi yang sanggup ikut..(faham-faham sajalah apa dia)...

niatmu Lillahi Taala kan???nah..fikir tu saja jangan kau fikirkan yang lain...!!! aku tahu kau begitu lemah bila kawan mu yang berkata begitu tapi adakah kau ingat Dia??? siapa yang bagi kau rezeki?? siapa??!! siapa yang memberimu bermacam-macam nikmat kalau bukan Dia??!!!
bukan teman sebilikmu atau siapa-siapa tapi Allah yang Maha Segalanya...

laras suara turun kembali pada paras normal...ila...umi faham kalau ila malu setiap ceruk ila pergi ada saja orang yang tegur kan...cuba bersangka baik dengan Allah...Allah memberi teguran dengan cara yang baik..bukan dengan ribut taufan..taufan Katrina...El- Nino...mahupun apa tetapi hanya sekadar teguran agar ila ingat pada-Nya..bila Dia suruh ingat itu maknanya Allah sayaaaaaaaaangggg ila sangat-sangat..

teruskan hidupmu dengan tenang...

p/s: psstt...jadikan panduan ya...
1. jangan berdebat sesama muslim nanti timbulnya perpecahan antara saudara kita. jadi
pada siapa saja yang ego itu ubahlah diri berdebat biar kerana Allah dan Islam kita.
2. untuk memulakan kehidupan yang baik maka mulakan la pembaharuan tetapi ingat
ke arah yang baik..jangan di tangguh...apalagi mulailah..

assalamualaikum..jangan marah-marah...tenangkan diri anda..



Sunday, November 11, 2007

ni.....

"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."

Friday, November 9, 2007

saudaraku...jua kawanku...


hari ini baru umi dapat meluahkan sesuatu..tapi bukan benda yang baru...tapi sudah lama terbuku..cehhwah..

rasa seronok berkawan masing-masing dapat rasakan. malah, jikalau di katakan kawan baik kita boleh lihat keakraban yang tergambar.

tapi bagaimana pula kalau tidak selalu berkepit, macam belangkas?? adakah sewenang-wenangnya kita menggambarkan itu adalah permusuhan..

umi menolaknya dengan sekeras hati kerana umi berpegang pada kalimat ' kasihnya saudara itu bukan terletak pada keakraban tapi doa terhadap saudaranya yang lain...

itu baru satu hal...ketika umi khusyuk dengar radio Ikim.fm..(cehh..baiknya dia)..umi terdengar DJ itu menyuarakan pendapatnya..iaitu jikalau sudah lama saling tidak berhubungan, ukhwah itu akan renggang dan makin lama makin putus..

sebenarnya umi amat bersetuju tetapi adakah wujud kekuatan lagi untuk merapatkan kembali silaturrahim itu.. ??

terus terang umi katakan umi amat lemah dan kalau boleh dikatakan gagal untuk mempunyai kemahiran berkawan kerna umi tidak mempunyai teman yang rapat sewaktu di bangku sekolah dulu. maksud umi kawan yang diibaratkan seperti belangkas...pada umi kawan umi adalah ibu umi..walaupun selalu bertelagah pendapat namun kami tetap rapat..sebab itu umi memohon maaf kalau umi jarang-jarang untuk meluangkan masa...

umi mula belajar cari kawan apabila umi mula merantau menuntut ilmu..malah sekarang ini umi mempunyai kawan yang berada di UK, Mesir dan US....sangat bahagia..

pesan umi jangan risau jangan geram kawanmu tidak menghubungimu, melawatmu dan berkunjung ke tempatmu kerana kamu sudah pun mendapat berkat dari doanya..Insyallah..

semoga Allah merahmati kita dalam kehidupan..






Monday, November 5, 2007

esok...pergi berperang...

esok...sudah tiba masanya untuk menguji apa yang ditimba, dicari, dan di pelajari...
habis satu kitab hampir berjaya di khatamkan..hendaknya..

sudah 15 tahun menimba ilmu bermula dengan abc, alif ba ta, 1 2 3...
sudah 30 peperiksaan di tempuh termasuk PMR, SPM, UPSR...

namun...yang umi hairan ketakutan tetap ada..gentarnya untuk menempuhi peperiksaan hanya Allah saja yang tahu..

ketakutan yang membungkus diri umi membuatkan umi tidak mampu untuk mencurahkan idea yang terbuku di minda..sedangkan banyak sangat yang ingin di kongsi bersama...

tidak mengapa...lain hari lain waktu..bila kita dapat ke temu...

semoga kita semua menempuhi kejayaan di dunia mahupun akhirat..Amin.

just for variety...



after i have done some of these questions..then i find out...what??

Saturday, November 3, 2007

Friday, November 2, 2007

kenapa hati ini disakiti lagi...!!!!


geram pula hari ni....rasa-rasa ingin di telan saja mesin menulis itu...wayar, dakwat, sambungannya...siap diperiksa..namun, apa lagi yang kurang??? apa salahku wahai mesin!!!

keluar dari bilik...amboi senang-senang saja suruh aku pegi ambil...kenapa tidak pergi sama-sama????!! darjah kepanasan meningkat terus menerus sehingga 90 darjah Celcius....

pegi bilik lain pula....ditusuk lagi oleh sembilu...gurauan masuk menusuk...memang tidak disangkal lagi 100 darjah Celcius....!!!!!!!!!!!!

tenangkan diri.....istighfar banyak-banyak...

ku ambil langkah kanan cari ketenangan....amarah yang tersimpan ku hembuskan....

akhirnya...umi kembali seperti biasa...segala puji untuk Dia..

Thursday, November 1, 2007

arrgghh....


sedih sangat sekarang ni....penat-penat umi pilih nama ayah umi x ambil pun.....alasan ayah..
" panjang sangat la umi...nanti kasihan dia susah mahu sebut sedangkan ayah dan ibu susah ungkapkan nama adik ni kan lagi orang sekeliling dia.."
"arrgghhh.....alasan tu semuanya.."

ayah umi telah menukarkan nama yang umi pilih kepada nama lain iaitu nour hakimi...
redha saja la lagipun tu bukan zuriat umi...

Wednesday, October 31, 2007

ku kembali....


assalamualaikum..
lama umi tinggalkan serambi ini...dah berhabuk nampaknya..hehehehe

masa raya hari tu umi takut untuk beraya di kampus jadi abang umi yang berada di Subang mengajak umi untuk beraya bersama dengannya...

mahu dikatakan gembira..rasanya gembira walaupun tanpa ada ibu dan ayah disisi..umi tetap beraya ke rumah kawan umi yang terdekat..ketika itu sangat bahagia sampai umi terlupa untuk mentelaah buku..sedangkan umi ada test seusai cuti raya...

sekarang......umi pula kena rajin untuk mengulangkaji pelajaran sebabnya tidak lama lagi umi akan berperang...mak oii!! bukan perang bunuh-bunuh tapi perang dalam menuntut ilmu...

semoga sesiapa saja yang tidak lama lagi menduduki peperiksaan akan berjaya..bukan di dunia saja wahai sahabat tapi di akhirat jua....

Wednesday, October 10, 2007

raya oh raya...

assalamualaikum..
beberapa hari ini umi begitu sibuk...eh ya?? pelik juga umi sibuk walaupun sebenarnya umi tidak balik kampung untuk menyambut raya bersama keluarga..
sibuk tu mungkin disebabkan umi..
1. menyibuk masa orang mengemas barang masing-masing.
2. sibuk buat laporan amali pendidikan fizik yang perlu disiapkan apabila selesai cuti raya nanti.

ini saja dua kemungkinan umi sibuk beberapa hari ini..

semakin raya menjelang tiba semakin sunyi kampus UTM ni..rasa lain macam pula..seram wooo..
beginilah adat perantau hanya mampu bersabar..

umi bukan tidak mahu balik tapi umi amat terfikir sangat-sangat duit yang dibelanjakan untuk tambang penerbangan pergi dan balik ke Kota Jesselton.

setelah ditambah,ditolak,dicampur, didarab dan dibahagi umi dapati duit tersebut cukup untuk menanggung adinda-adinda umi yang masih kecil dan perlu disuap dengan susu yang untuk tumbesaran mereka..malah tambang tersebut boleh menanggung mereka selama 3 bulan..

sangat sayang...umi sedih ada kawan yang tidak faham dengan keadaan umi dan hanya mampu untuk menegaskan kata-kata mereka bahawa umi sanggup berkira duit daripada memikirkan perasaan ibubapa..

siapa yang tidak mahu balik kerumah dan beraya bersama keluarga tercinta tambahan lagi rumah umi bertambah penghuni kecil yang baru lahir..

apa-apapun selamat hari raya..maaf zahir batin..
jangan marah-marah..tenangkan diri anda..selamat beramal..

Monday, October 8, 2007

nama pelik ka??

dari pukul 3.15 pagi umi bangun dengan usaha yang gigih mencari nama yang sesuai untuk adinda umi itu...umi letih lantas umi membuat kerja lain sambung buat laporan amali fizik yang terbengkalai..umi sign in ym dan tiba-tiba umi disapa oleh kawan maya umi..bertanyakan khabar..

alhamdulillah sihat jawapan umi penuh dengan rasa gembira kemudian hati ini tidak sabar lagi ingin berkongsi berita gembira itu..dia juga gembira mendengarnya dan kembali pada persoalan nama adinda umi.syukran Ya Allah dia memberikan beberapa laman web untuk memilih nama bayi Islam..

Akhirnya...berdasarkan kajian segera selama beberapa minit umi mendapat beberapa nama..
1. azka mirza nour
2.arfa mirza nour
3.muadz mirza nour

namun..umi tekad memilih arfa mirza nour..

pagi ni umi khabarkan kepada beberapa kawan baik umi...serentak berkata
"peliknya..."

kawan 1: " apasal tak bagi saja nama A ke? B ke? senang nak panggil nanti..

kawan 2: " nama ayah secoet tapi nama anak panjang berjela-jela...hahahahah kalau aku senang
je pagi nama anak aku kasim ke, karim ke...tak payah panjang sangat sebab nama aku pun dah panjang nanti nak isi borang apa-apa mesti lambat nanti..

masing-masing tergelak...dalam hati umi...itulah keunikan adinda umi..hmmm mungkin..insyaALLAH

Sunday, October 7, 2007

orang baru....


alhamdulillah....
alhamdulillah...
alhamdulillah...
tidak terungkap kata-kata di bibir...
tidak terluah segala madah yg tersirat mahupun tersirat
....rasa berat..bukan apa rasa gembira yang teramat sangat sehinggakan mulut terasa bagai dikunci petang tadi..

orang baru yang umi maksudkan disini bukanlah teman lelaki atau pakwe umi..hehehe tapi orang baru ini adalah adinda umi yang baru lahir pada petang tadi..syukran ya Allah kerana membantu hambaNya iaitu ibu umi melahirkan. sangat perit wahai saudara apabila melahirkan anak..eh bukan umi yang rasa tapi ibu umi yang alami..umi hanya meletakkan rasa simpati mahupun empati dalam perasaan seorang ibu..

Sungguh Maha Kuasa Rabbul A'lamin meletakkan tanggungjawab itu pada seorang ibu..

sekarang ini apa yang kita lihat semakin berbeza..anak-anak sudah mulai meninggalkan ibu masing-masing..umi pun sama..ada anak yang berani sekali menengking malah mengherdik ibunya sendiri...Allahu Akhbar..moga kita semua bukan tergolong dalam kalangan ini..

ibu dan adinda berada dalam keadaan selamat sekarang ini..walaupun adinda umi itu susah hendak keluar namun ibu tetap tabah melahirkannya..sayang ibu..

umi akan pulang tidak lama lagi.insyallah..

tiada aku tanpa ibu..

lagu best





Saturday, October 6, 2007

rehat....

hari ni umi betul-betul terasa berehat sepenuhnya...rasa lain macam woo...umi tidak duduk diam ada saja umi buat..memandangkan hari berpuasa la kan..so makan minum tu reject la..hehehe

bermula dari pagi tadi umi sambung membaca harian metro, majalah Dara keluaran Oktober, buku classroom Learning, sampaikan terlelap...tup-tup bangun Ya Allah jam sudah hampir pukul 3 petang..umi bergegas bangun menuju ke bilik air untuk menyegarkan diri..Alhamdulillah semuanya segar...solat pun sudah tertunai..cuba bayangkan tadi kalau umi mati dalam keadaan tertidur tadi..Allahu Akhbar...takut beb!!

baru umi teringat semalam umi membaca emel dari encik Zul..lupa pula membalas emel tersebut..mungkin apa yang encik Zul fikir sekarang...

" mungkin dia menolak proposal tersebut..."

aish...mana mungkin saya menolaknya begitu saja inilah masanya saya menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman..malah lebih dari itu..

alamak..saya terlupa mendapat maklumat tarikh akhir exam final daripada fakulti...mungkin terlambat sedikit saya memberitahu encik zul menegenai perkara ini..

harap-harap encik Zul dapat menunggu..

malam bonus...


harian metro yang bertarikh jumaat, 5 oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 mengulas serba ringkas yang boleh mengenai malam Lailatul Qadar..tapi yang menarik perhatian umi disini ialah tajuk tersebut...3 tanda mendapat lailatul Qadar

sangat menarik..yalah walaupun mungkin tajuk ini ditujukan pada orang yang telah berusaha sehabis baik dalam mengerjakan ibadah namun tidak terkecuali pada orang yang masih belum mengorak langkah pertama.

secara umumnya, lailah itu bermaksud malam manakala Qadar itu merujuk kepada ketentuan, ajal,jodoh dan seangkatan dengannya.

fokus pada kata-kata Syeikh Abdul Qadir Jailani 3 tanda mendapat keberkatan malam lailatul Qadar ialah bulu roma meremang, mengalir air mata jernih serta hati berasa tenang.. Beliau menjuruskan lagi orang yang mendapat malam Lailatul Qadar ialah mereka yang meningkatkan ketaqwaan, hubungan dengan Allah semakin meningkat malah perangai berubah kepada yang lebih baik.

sahabat..masih belum terlambat lagi untuk kita sama-sama beramal dan menghayati bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. nasihat sama yang umi tujukan terutama pada diri sendiri juga ditujukan pada sahabat yang lain.semoga kita istiqamah dalam melakukan ibadah. niat ikhlas kerana Allah SWT ya....

berhati-hati di jalan raya( ops...betul ka ini??)

aku bukan seperti yang kau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
aku tidak pandai menyulam rasa
juga tak pandai ku bermadah pujangga..

P/S: lagu Doa Restu..dendangan Akhil Hayy


Thursday, October 4, 2007

kenangan..

umi dengan pulau sibuknya sendiri menyebabkan lalai seketika.......kemungkinan umi rindu dengan kampung halaman..
kawan umi dari jauh bertanya..

" bah...bila ko balik?? pigi rumah ku ya..jangan lupa jagak kau kalau kau ndak balik..."

' uina...kau mengugut sama aku pula...cess!! aku ndak balik ba..'

" aku beraya disini jak ba...di kampus...ndak balik..."


laa..ok la..sabarla dugaan Tuhan jo...nanti aku kirim kad raya ah..."

" tima kasih ya..."


perbualan umi dengan kawan umi yang berada di Sabah...dalam hati umi..." masih ada sahabat yang merindui.."
Posted by Picasa

sahabat yang jujur..
sahabat yang baik..
sahabat yang menyayangi..
sahabat yang membimbing..
sahabat yang berilmu..
sahabat yang rajin..
dan segala sahabat..

persoalan umi..mampukah kita?
menjadi sahabat sebegitu..
sebelum mahu mencari sahabat yang mampu memenuhi kriteria itu..
maka penuhilah ciri itu dahulu..

baru ku tahu kenapa?

kini baru ku tahu kenapa pagi semalam mindaku bercelaru..
Allah..aku menyakiti sahabatku sendiri..
terima kasih..
sedarkan aku sahabat kalau tidak minda ku berhenti.
hatiku mati..

terima kasih juga wahai sahabat memaafkan ku..
menerimaku seadanya sebagai teman yang lemah dan hina..

umi mahu berpesan pada yang lain jaga-jaga dengan lidah
ia mampu menikam lebih dalam..
sekarang umi tahu lidah lebih tajam dari mata pedang..
malah lebih dari itu..
bila itu terjadi segeralah memohon maaf
jangan di tunggu raya tiba
kita tidak tahu adakah nyawa masih ada lagi
ada lagi membenarkan kita untuk melafaz maaf..

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil..

jangan marah-marah..tenangkan diri anda..selamat beramal..

Wednesday, October 3, 2007

pagi semalam...

aku berada di kelas..
tapi fikiranku melayang,
seperti layang-layang terputus talinya...
entah apa yang aku fikirkan..
ada saja yang mengacau tumpuanku..

pagi subuh aku bangkit,
menyesal?puas hati?jawapannya tiada skema..
keliru..

ku bersahur tapi makanan di hadapanku tidak mencuri perhatianku kali ini..
dan biasanya aku akan teringat rumah setiap kali bersahur..
tapi pagi ini tidak..semuanya lesu kurasakan..
biasanya juga aku akan mensyukuri nikmat makan yang diberikan tetapi kali ini tidak..
entah mengapa..

bercakap pasal syukur..
syukurkah aku selama ini??sykurkah aku hidup??
nampaknya tidak!
melihat manusia lain punya kelebihan hati terus memberontak..
memang itulah ertinya tidak bersyukur..
buntu aku..
wahai umi..dunia hanya tempat persinggahan saja..
tidak lama lagi lenyaplah segala
tabahkan hatimu..fikirkan masa depan..aik!aku futuristik..
hari ini bukan penentu kejayaan hari esok..

ya Rabbi..berikan petunjuk pada hamba yang lemah ini..



Monday, October 1, 2007

kenapa?

kenapa...orang yang kita sayang
kadang-kadang terlalu susah untuk kita sayang
terlalu susah untuk di bayang
seperti memetik bintang

Ibn 'Umar r.a berkata:
' apabila berbuka puasa, Nabi SAW telah bersabda:
maksudnya, ' manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka..
hadith riwayat al- Bukhari dan Muslim

jangan marah-marah...tenangkan diri anda..selamat beramal

Saturday, September 29, 2007

relax...

assalamualaikum...
apa khabar saudaraku sekalian...
umi mendoakan agar semua mendapat hidayah..

p/s: lirik lagu Al-Jawaher..judul: assalamualaikum




sementara menunggu waktu sahur tiba...umi membancuh air teh untuk menemani umi belajar bersama buku Mekanik. apalagi???ada testla...relax2 umi...biar lambat asal jangan tak dapat..bila bercakap pasal teh, baru-baru ini umi membaca satu rencana tentang si dia...ish merepek pula bukanlah tentang teh..
kegemaran umi tika membancuh minuman adalah menyanyi kecil walaupun suara bak itik kena sebat..
' teh ku sedap, teh ku sedap siapa mahu minum buat sendiri..'



TEH - KHASIAT TRADISI PURBA DIAKUI SAINS

Amalan meminum teh khususnya di kalangan masyarakat china dan jepun telah diamalkan lebih dari 5000 tahun dahulu.teh dalam masyarakat mereka bukanlah sahaja setakat simbol peradaban sosial malah merupakan elemen penting di dalam penjagaan kesihatan mereka.

Menurut hikayat lama china, teh ditemui secara kebetulan oleh Maharaja Shen Nung apabila beberapa helai daun the terbang dan jatuh ke dalam cawan air panas Maharaja.aroma dan perisa minuman tersebut telah menyebabkan beliau mengisytiharkan teh sebagai minuman rasmi dan seterusnya telah mengesyorkan teh sebagai penawar bagi pelbagai masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang, demam dan tumor.

Mungkin pada masa itu cadangan Maharaja Shen Nung tidak masuk akal tetapi kini kajian sains telah membuktikan fakta-fakta tersebut ada kebenarannya.

Khasiat dan keistimewaan teh telah di aplikasi teerutamanya oleh sami-sami Buddha pada masa itu.sami-sami Buddha mengamalkan amalan meminum teh bagi tujuan keagamaan.teh membantu mereka berjaga bagi bermeditasi.mereka juga mempercayai bahawa teh ini mempunyai kuasa penyembuhan.

Teh atau nama saintifiknya Camelia sinesis banyak terdapat di kawasan tropika dan sub-tropika.daun teh selepas diproses akan menghasilkan 3 jenis teh iaitu teh yang biasa kita minum atau teh hitam{black tea}, teh hijau {green tea}dan teh oolong{oolong tea}.( teh lipton, teh boh dan macam-macam lagi jenama itu adalah teh hitam; black tea) perbezaaan antara jenis- jenis teh ini ialah cara pemprosesannya. Teh hitam diproses selama beberapa jam bagi dioksidakan.teh hijau pula dihasilkan secara pengkukusan bagi menghentikan oksidasimanaklal serta teh oolong difermentasikan.

Walaupun ketiga-tiga jenis teh ini menjalani kaedah pemprosesan yang ber beza namun mereka mempunyai kesamn positif ke atas kesihatan. Khasiat dan kebaikan teh yang selama ini tersimpan di kalangan masyarakat china dan jepun kini telah mendapat tumpuan dalam perubatan moden dan pebagai kajian telah dijalankan bagi memanafaatkan khasiat teh ini.berdasarkan kajian didapati daun teh mempunyai beberapa komponen organik yang penting yang juga membawa kesan positif ke atas kesihatan anda.

nah, apa lagi sahabat tunggu minum la teh banyak-banyak...janganla minum banyak sangat umi bergurau saja.kalau pecah perut janganlah salahkan umi pula amalkan sikap wasatiyyah (kesederhanaan) dalam kehidupan. nasihat ini buat umi dan sahabat-sahabat ya.pada yang tidak minum teh jangan risau nanti umi cari pula khasiat nescafe..milo..vico dan macam-macam lagi..
jangan marah-marah, tenangkan diri anda dan selamat beramal

Friday, September 28, 2007


umi....mungkinkah??

tenang saja...

salam.....
catatan ini umi tebukkan dengan kesegaran pagi yang nyaman..
barangkali kalau di sabah waktu begini manusia sudah mula bergegas ke pulau sibuk mereka, anak-anak kecil riuh menunggu bas kuning di depan rumah. itulah keadaan kampung halaman umi di sabah dan umi memang merinduinya. mungkin pada suatu hari nanti umi dapat melihat adinda aisyah humaira, adinda nazihah batrisya dan adinda baihaqi riuh menunggu kotak besar berwarna kuning itu. lain pula jadahnya yang berlaku di bumi semenanjung ini, ada lagi yang masih tidur nyenyak, bak kata kawan umi terbongkang istilah yang digunakan oleh rakan-rakan umi di kampus.
inilah kelebihan si perantau dapat melihat berbagai-bagai situasi dan kondisi manusia dan dari itu umi mula mengenal dan memahami ciptaan Allah SWT yang unik dan punyai ratusan keistimewaan malah lebih daripada itu iaitu manusia..
tapi manusia itu kalau pun punyai kelebihan tidaklah sehebat kehebatan Allah SWT tetap ada kelemahannya, bukan menunjukkan ada kelemahan dalam penciptaan-Nya tetapi..itulah hakikatnya sebagai hamba-Nya yang lemah dan kita perlu tunduk dan patuh pada Allah senantiasa.

seperti biasa sebagai penuntut universiti tidak sah kalau tidak ada tugasan dari setiap pensyarah. umi bukan mengeluh wahai sahabat cuma itulah yang terjadi apabila banyak tugasan, hidup mulai tekanan apa-apa pun senyum sentiasa beb!!jangan asyik berkerut bak kata ibu umi nanti cepat tua..apabila difikirkan semula tekanan itu disebabkan kerja yang bertangguh atau pun kerja last minute. sememangnya itu salah umi juga. wahai sahabat banyak kelebihan kerja di awal waktu tapi sukar untuk umi nukilkan dengan kata-kata tapi satu kata yang umi lakarkan dengan senang hati adalah 'kepuasan'. sedangkan dalam solat pun kita di suruh untuk solat di awal waktu inikan pula dalam aktiviti seharian. satu nasihat buat diri umi dan sahabat sekalian jangan tangguh solat, solatlah di awal waktu.

umi juga sertakan sebuah pantun sebagai hadiah untuk sahabat umi yang sekarang berada di Mesir sekarang ini:
tuan amin pergi ke pasar tamu,
jangan lupa membawa peta,
sebuah pantun hadiah buatmu,
sebagai tanda persahabatan kita

p/s: sahabat umi ini berasal dari Thailand. sekarang menuntut di Mesir.

Thursday, September 27, 2007

apa nak dikata..

mereka berkata..hidup perlukan cinta..
agar sempurna hidup kita..
warna-warna cinta yang terlukis di hatiku..sematkan sanubarimu..
agar mewarnai cintamu yang tulus
seperti sang pelangi..


umi dengar lagu ni semasa dalam kelas..walaupun mp3 lagu ni hanya sekejap namun ia dapat memikat hati umi berulang kali sehinggakan gegendang telinga umi semakin kenyal mendengar lagu ini...ketika ini umi teringat pulak pasal kisah cinta umi.Alkisah...... baru-baru ini umi di lamar dengan kata-kata pujangga dari seorang jejaka Muar..itulah bekas kekasih umi sewaktu menuntut di kampus beberapa bulan lepas..namun segalanya terhenti pabila ibunya menghalang percintaan kami..bukan jugak menghalang tapi senang cerita ibunya resah dan tidak senang hati dengan orang yang berasal dari sabah.
alasan dia senang saja..kononnya ramai orang sabah yang berkahwin ni suka sangat untuk bercerai dan melepaskan tanggungjawab begitu saja.
bila umi dengar saja statement tu..umi terkedu pun ada, terpilu pun ada, macam-macam ada..selepas itu, semuanya berakhir begitu saja.....namun tidak dinafikan kami sentiasa berhubungan melalui telefon...akan tetapi dalam titian kami menjadi sahabat kedua-duanya berubah watak..pemarah..cepat sangat marah..memang suka marah..akhirnya kami berhenti berhubung bukan disengajakan tapi mungkin kedua-duanya sudah letih untuk bertekak jadi secara automatik kami pun berhenti berhubung.,
lama umi kesunyian sebenarnya tidak lama jugak dalam dua bulan...
sekarang..
umi lebih bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja..walaupun dalam tempoh ini ada yang ingin masuk jarum tapi umi menutup lubang tu buat sementara waktu demi mengembalikan zaman kegemilangan umi yang indah dulu..
jangan marah-marah, tenangkan diri anda..selamat beramal

sahur....beb!!

salam...catatan ni umi tulis waktu dah umi selesai solat subuh dan mengaji sikit..terlintas di kotak fikiran umi untuk menukilkan sesuatu..
pagi-pagi umi bangun dan berniat untuk menyiapkan makanan bersahur..alhamdulillah semuanya selesai dalam masa 20 min (rasanya..) tapi apa yang umi siapkan cuma hidangan biasa iaitu nasi goreng bersama telur dadar..dengan hanya berbekalkan rice cooker umi mampu menyiapkan bak kata teman sebilik umi inilah cara anak dara memasak dengan dapur yang tidak lengkap...
namun umi berasa puas kerana walaupun dalam kesibukan menuntut ilmu umi juga tidak melupakan kondisi dapur yang sepatutnya..umi sentiasa mengingati statement ini 'perempuan belajar tinggi manapun tetap akan ke dapur jugak'..hehehehe
ok guys..subuh ini umi datang dengan satu idea untuk bulan Ramadhan yang penuh mulia ini..
  • sediakan satu kertas putih dan sebatang pen
  • dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..
  • mulakan dengan mencatat apa yang perlu dibuat hari ini..sepanjang hari kalau nak masuk kan hari ini bercadang nak ke bazar bersama yang tersayang pun masukkan sekali.
  • selepas itu, baca semula dengan nada yang kuat di dalam hati..maksudnya bersungguh-sungguh nak melakukan perkara tersebut.
  • sebelum waktu untuk berbuka nanti, buka balik catatan tersebut dan tengok sejauh mana pelupanya kita atau lalaikah kita dalam mengurus hidup kita..
sebenarnya umi selalu jugak buat macam ini untuk mengetahui betapa cuainya hidup umi dalam mengurus kehidupan di dalam kampus..
bila kita kaitkan apa yang kita tulis tu dengan amalan beribadah itu sekaligus kita reflek balik berkenaan diri kita..
setiap orang ada cara tersendiri asalkan Niat kerana Allah SWT..
umi kena berhenti kerana umi dalam proses menyiapkan essay yang panjang.
jangan marah-marah, tenangkan diri anda selamat beramal..