Thursday, January 31, 2008

bila terasa rindu....

hari ni hari khamis yang sangat memenatkan....bukan apa kelas bermula awal dan berakhir lambat...

kawan-kawan umi semuanya sarat dengan monyok muka...
ada yang sudah pun melelapkan mata ketika maghrib..tidak apa umi faham..keletihan kan..

hari ini umi ada kelas komunikasi berkesan..dalam salahsatu slot pensyarah tu..beliau menyebut tentang cara-cara mendidik anak-anak kecil..tiba-tiba....

airmata umi mengalir...isk..isk..
umi memang macam ni suka menangis dan bazirkan air mata..

umi teringat adik-adik kecil umi..baihaqi, batrisya, dan aisyah...
umi masih ingat lagi...sewaktu umi masuk ke dalam balai berlepas aisyah dan batrisya memeluk umi sekuat-kuatnya..kononnya tidak mahu melepaskan umi pergi..
tangisan mereka berngiang di telinga umi ketika kelas tadi...

adakah umi ni homesick???...ibu pernah berkata kalau orang tu rindu kita, kita akan ingat dia secara tiba-tiba...umi tak dapat menahan sebak lalu umi paksa diri ketawa..nasib baik pensyarah tu buat lawak kalau tidak agaknya macam orang gila umi nanti..ketawa sendiri!!

p/s: umi rindu makan siput laut..bila agaknya boleh makan lagi..??hurmm..

Tuesday, January 29, 2008

gerimis yang tidak terhenti tadi...2!

entahlah..agaknya umi sudah tidak berfikir secara matang...hehe ya kah???

asyik-asyik menangis saja...kemudian, kawan umi pujuk umi....belikan barbie doll la...belanja main bowling la...
semuanya tidak menjadi...setahu umi senang saja umi ni lembut selepas dipujuk...
namun kali ini tidak juga reda...

tadi...umi senyum gembira tapi...hati menangis..macam-macam terbayang..atuk, mama, bapa,adik-adik umi yang comel-comel...dan..dan..dan..

err..rr...dia la...umi amat menghormati hubungannya tapi umi tak dapat melupainya...
sakit..hati..

gerimis yang tidak terhenti tadi...

petang tadi la....
sedih sangat-sangat...
ganggu emosi umi...

nilah akibat kerja yang bertangguh..
semuanya serba tak kena..
kemudian orang ketawakan pula tu..
Allah...!!

sepanjang 1 jam kelas tu la gerimis dari gigi mata umi asyik bercucuran..
lama-lama makin deras...
sampai sahaja di bilik terus umi tutup mata..
malam, sudah pun lupa..
nasib baik...

daripada umi tunjuk tangan pada kawan umi kenapa tidak umi yang buat semua tu..
nampaknya..salah umi..

Sunday, January 27, 2008

oh..aku terasa..

catatan kali ini mengenai kawan baik umi, ira...

dari emel ira terima ini kembali dari hamba Allah..
kau ibarat embun pagi, sejuk dan mendinginkan diriku..
kau padam api amarahku dengan senyumanmu..itu cukup untuk menyejukkan hatiku..pabila ku jeling-jeling manja dahulu..
begitu sopan sekali ibarat perempuan melayu terakhir.....


ada lagi...
hatiku ibarat kerak nasi kau tuang air keatasnya menjadi selembut bubur..
masih tak sedarkah dikau wahai puteri bahwa aku benar-benar menyintaimu walaupun kau jauh dari pandangan mataku...
namun, ketahuilah kau amat dekat dihatiku..sesungguhnya berilah aku peluang untuk menyayangimu...


hebat beb!! x sangka lelaki yang begitu garang mampu mengeluarkan kata-kata sebegini...sangat puitis dan indah..boleh menang anugerah sayembara puisi ni..

namun, itu bukan isu umi..selepas ira terima emel ini ira menampakkan kebisuannya..
umi tanya ini luahan hati mr.s ka?? dia menggeleng sungguh...habis tu siapa??
ira melepaskan keluhannya..."dari orang lama yang sudah berharap supaya kasihnya berbalas..."
"apa????"
" ya..umi kenal juga waktu kita tinggal di sandakan dulu..."
"ooo..apa yang dia mahu??"
" setuju menjadi surinya.., jadi permaisuri istananya.."

ira tidak terkata apa lagi baginya ini amat sukar..ya lah dia kan mencintai orang lain..
tiba-tiba ira bersuara...
"umi, sebelum ni ira juga sudah minta pendapatnya mr.s.."
" jadi bagaimana??"
" nampaknya dia macam tidak galakkan ira menerima insan itu atas dasar simpati saja.."

itu betul ira...kita tidak berhak mempermainkan perasaan sesiapa malah menyakiti..tidak sekali berhak..

ira berlalu tanpa beritahu keputusannya..ya la umi hanya mampu mendengar namun, mencampurinya dalam membuat keputusan..tidak..

umi juga pernah mengalaminya umi menyayangi insan itu tapi hakikatnya, dia hanya menganggap umi kawan saja...walaupun begitu, umi memohon pada Allah agar dijauhkan darinya secara baik agar umi tidak merosakkan hubungan orang lain..

Monday, January 21, 2008

perancangan dan hasil...

salam...
selalu umi dengar "perancangan yang baik menentukan hasil yang menarik.."

tapi sejauh manakah ia benar dan sah??..anda sendiri alami..

subjek bahasa inggeris yang umi ambil kali ini agak mencabar...iaitu membuat kajian bermula dari latarbelakang kajian, mengambil data, sehingga penutup kepada kajian...

kajian ini melibatkan kerja berkumpulan..umi pun kadang-kadang tidak pasti samada perancangan kerja tugas yang bengkok atau disiplin patah sama sekali..

apa tidaknya umi dengan susah payah cari maklumat tapi bila umi minta sesuatu dari ahli kumpulan umi..semuanya memberikan berbagai-bagai alasan..

umi tidak marah tapi umi amat pentingkan disiplin..maknanya..umi marahla tu..hehehe

tajuk yang kumpulan umi pilih agak sukar juga terutama dalam pencarian kajian-kajian lain yang boleh menyokong kajian umi..

umi tidak mahu menyakitkan hati sesiapa dan hanya mampu ikram..jadi umi pun tukar perancangan dengan melonggarkan masa pencarian maklumat...namun, itu jugak yang berlaku...hishh!!!

akibatnya, umi melepaskan geram pada patung kesayangan umi, Bilut...

itu yang bermain dalam minda umi...adakah perancangan yang baik menentukan hasil yang baik??????????

p/s: kadangkala sesuatu yang tidak dirancang juga menghasilkan sesuatu yang terbaik...itu sebab dari Allah...

Saturday, January 19, 2008

wanita yang bersuara keras..

kali ini umi rasa nak bercerita..
tu hah kat atas tajuk tu..wanita bersuara keras..siapa dia ni sebenarnya..eh bukan umi ya..

" pada hari Isnin umi pun tidak pasti samada masa tu hujan ke? ribut ke?taufan? tapi apa yang pasti ia berlaku pada Isnin pagi..

Di zaman Khalifah Al-Makmun memerintah ada seorang wanita kampung berbusana sederhana telah melaporkan kes kepada Khalifah Al-Makmun..jadi beliau membuat persidangan atas sebab kes tersebut.

seperti biasa, kalau ada saja persidangan mesti ada hakim dan jurinya jadi, khalifah dikelilingi oleh menteri yang bertindak sebagai hakim.. siapa yang dituduh sebenarnya ni?? seorang yang agak istimewa iaitu Abas seorang putera dari Al-Makmun..

Hujah demi hujah dilemparkan, minit demi mint perdebatan semakin rancak. oleh sebab wanita itu sudah tidak tahan lagi dengan hujah yang Abas lontarkan yang dirasanya tidak adil maka, wanita itu bersuara keras dan meninggi.

Menteri-menteri disekelilingnya lantas menegur wanita itu, " perlahankan suaramu itu..engkau sedar bukan dengan siapa kamu engkau berbicara??.."

Khalifah Al-Makmun pantas menjawab" Biarkalah..Hanya dengan kebenaran yang mendorongnya berbicara keras. Sedangkan kebatilan cenderung membuat orang diam membisu.."

perbicaraan selesai dengan kemenangan wanita itu..

p/s: di Kedah orang berteriak di maksudkan menangis manakala di Johor orang berteriak itu dikata menjerit..

attention class...!!!

Bismillahirrahmanirrahim....

semoga segalanya berjalan seperti yang dikehendaki..amiinn...

sem depan bermula episod baru dalam hidup umi..eh bukan umi mahu mendirikan masjid tapi...umi akan mengajar dan bergelar cikgu...

banyak pengalaman yang umi dengar..gembira, suka, derita..penat dan macam-macam lagila..

satu senior telah menceritakan pada umi tentang pengalaman beliau menjalani latihan mengajar..beliau memilih sekolah yang berada di kawasan bandar..Masya Allah!! punyalah teruk pelajar-pelajar di situ... ada di antara pelajar yang memang tidak pandai menghormati guru..bayangkan ada yang menjelir lidah pada cikgu..Astaghfirullah yang lain berani keluar dari kelas tanpa minta kebenaran dari guru yang sedang mengajar...apa dia ingat sekolah tu bapa dia punya...

bahaya..bahaya...umi tanya apa yang dia buat pabila berhadapan dengan situasi sebegitu..dia dengan tenangnya menjawab..dia hanya mampu berdiam diri..Allah itu Maha Adil bukan??

kenapala pelajar-pelajar sekarang ni suka membantah..sudahla kurang ajar pulak tu...
kalau umi yang berhadapan dengan situasi macam ni agaknya dapat highblood umi nanti..

namun, itu bukan penghalang bagi umi untuk terus berjaya sebab yang bagi kejayaan itu bukannya mereka tapi Allah yang Maha Esa..

p/s: bila cikgu 'sentuh' sikit..terus keluar media konon cikgu pukullah..dera lah..kalau macam ni baik jadi doktor haiwan..

Thursday, January 17, 2008

kahwin???

kahwin ni susah??? siapa yang berkata begitu..adalah...
Alhamdulillah adik umi sudah pun bergelar seorang isteri..namun, soalan bertubi-tubi tidak berhenti dari sekeliling umi.."umi bila lagi??"

alamak!!gulp! mahu dijawab lambat lagi nanti terjumpa jodoh awal pula..hanya mampu berserah pada Allah sahaja.

menyedihkan juga sewaktu majlis tersebut berlangsung. tika itu, umi tidak memakai seragam yang ibu suruh sebaliknya umi berpakaian seperti tetamu...pabila umi duduk di bahagian belakang majlis, disitulah perasaan marah, geram rasa macam mahu saja ditikam orang sekeliling. zalim juga bunyinya...apa tidaknya..kata-kata sebegini dilemparkan..

" kasihan kakak dia ba..belum jumpa jodoh...."

"belajar tinggi-tinggi pun kalau lambat kahwin malu pok!!"

" ku dengar si kakak buat hal bila ibunya suruh bertunang..."

" lain pula ku dengar ba itu..yang ku pasti kakaknya seperti belum matang..masih terkinja-kinja seperti kanak-kanak.."

inilah antara ayat yang dilemparkan untuk umi..sedih bukan?? mereka mengulas tentang umi sbelum mengenali umi, bersemuka dengan umi..

yaaa...!! umi bukan tidak mahu kahwin tapi belum waktunya..

p/s: kahwin itu sunnah Nabi..


Friday, January 11, 2008

waduhh 2!!

hanya mampu bersabar pabila masalah bertimpa-timpa...
namun kerna ingin berjaya tabahkan hati sajalah...

biarlah rahsia...bak kata datuk siti nurhaliza..

oleh sebab umi pulang lewat ke kampus nampaknya banyak masalah timbul..begitu juga ira..terpaksa berhadapan dengan pensyarah dan berhujah sepenuhnya..harap-harap mereka faham..

silibus pula sudah banyak bermula..waduh..pening lagi..
yang lagi teruknya umi juga kehilangan duit..kalau ibu tahu pasti ceramahnya panjang lebar..tidak ku sangka jadi begini..

tapi..apa yang umi harapkan semuanya berlalu dengan cepat..

baru saja umi sampai sudah tiba tawaran berlakon..hehe bukanlah tawaran menjadi pengacara majlis....pertama kali umi ingin menolaknya tapi disebabkan kawan tersebut sangat mengharapkan komitmen umi maka dengan rasminya umi menjadi pengacara majlis tersebut..moga itu juga berjalan dengan dengan jayanya..