Saturday, January 19, 2008

wanita yang bersuara keras..

kali ini umi rasa nak bercerita..
tu hah kat atas tajuk tu..wanita bersuara keras..siapa dia ni sebenarnya..eh bukan umi ya..

" pada hari Isnin umi pun tidak pasti samada masa tu hujan ke? ribut ke?taufan? tapi apa yang pasti ia berlaku pada Isnin pagi..

Di zaman Khalifah Al-Makmun memerintah ada seorang wanita kampung berbusana sederhana telah melaporkan kes kepada Khalifah Al-Makmun..jadi beliau membuat persidangan atas sebab kes tersebut.

seperti biasa, kalau ada saja persidangan mesti ada hakim dan jurinya jadi, khalifah dikelilingi oleh menteri yang bertindak sebagai hakim.. siapa yang dituduh sebenarnya ni?? seorang yang agak istimewa iaitu Abas seorang putera dari Al-Makmun..

Hujah demi hujah dilemparkan, minit demi mint perdebatan semakin rancak. oleh sebab wanita itu sudah tidak tahan lagi dengan hujah yang Abas lontarkan yang dirasanya tidak adil maka, wanita itu bersuara keras dan meninggi.

Menteri-menteri disekelilingnya lantas menegur wanita itu, " perlahankan suaramu itu..engkau sedar bukan dengan siapa kamu engkau berbicara??.."

Khalifah Al-Makmun pantas menjawab" Biarkalah..Hanya dengan kebenaran yang mendorongnya berbicara keras. Sedangkan kebatilan cenderung membuat orang diam membisu.."

perbicaraan selesai dengan kemenangan wanita itu..

p/s: di Kedah orang berteriak di maksudkan menangis manakala di Johor orang berteriak itu dikata menjerit..

No comments: