Monday, January 21, 2008

perancangan dan hasil...

salam...
selalu umi dengar "perancangan yang baik menentukan hasil yang menarik.."

tapi sejauh manakah ia benar dan sah??..anda sendiri alami..

subjek bahasa inggeris yang umi ambil kali ini agak mencabar...iaitu membuat kajian bermula dari latarbelakang kajian, mengambil data, sehingga penutup kepada kajian...

kajian ini melibatkan kerja berkumpulan..umi pun kadang-kadang tidak pasti samada perancangan kerja tugas yang bengkok atau disiplin patah sama sekali..

apa tidaknya umi dengan susah payah cari maklumat tapi bila umi minta sesuatu dari ahli kumpulan umi..semuanya memberikan berbagai-bagai alasan..

umi tidak marah tapi umi amat pentingkan disiplin..maknanya..umi marahla tu..hehehe

tajuk yang kumpulan umi pilih agak sukar juga terutama dalam pencarian kajian-kajian lain yang boleh menyokong kajian umi..

umi tidak mahu menyakitkan hati sesiapa dan hanya mampu ikram..jadi umi pun tukar perancangan dengan melonggarkan masa pencarian maklumat...namun, itu jugak yang berlaku...hishh!!!

akibatnya, umi melepaskan geram pada patung kesayangan umi, Bilut...

itu yang bermain dalam minda umi...adakah perancangan yang baik menentukan hasil yang baik??????????

p/s: kadangkala sesuatu yang tidak dirancang juga menghasilkan sesuatu yang terbaik...itu sebab dari Allah...

1 comment:

musafir said...

umi...bagus3....kadang kena displin..tapi tak marah kannn...