Thursday, January 17, 2008

kahwin???

kahwin ni susah??? siapa yang berkata begitu..adalah...
Alhamdulillah adik umi sudah pun bergelar seorang isteri..namun, soalan bertubi-tubi tidak berhenti dari sekeliling umi.."umi bila lagi??"

alamak!!gulp! mahu dijawab lambat lagi nanti terjumpa jodoh awal pula..hanya mampu berserah pada Allah sahaja.

menyedihkan juga sewaktu majlis tersebut berlangsung. tika itu, umi tidak memakai seragam yang ibu suruh sebaliknya umi berpakaian seperti tetamu...pabila umi duduk di bahagian belakang majlis, disitulah perasaan marah, geram rasa macam mahu saja ditikam orang sekeliling. zalim juga bunyinya...apa tidaknya..kata-kata sebegini dilemparkan..

" kasihan kakak dia ba..belum jumpa jodoh...."

"belajar tinggi-tinggi pun kalau lambat kahwin malu pok!!"

" ku dengar si kakak buat hal bila ibunya suruh bertunang..."

" lain pula ku dengar ba itu..yang ku pasti kakaknya seperti belum matang..masih terkinja-kinja seperti kanak-kanak.."

inilah antara ayat yang dilemparkan untuk umi..sedih bukan?? mereka mengulas tentang umi sbelum mengenali umi, bersemuka dengan umi..

yaaa...!! umi bukan tidak mahu kahwin tapi belum waktunya..

p/s: kahwin itu sunnah Nabi..


No comments: