Wednesday, November 28, 2007

cuti-cuti malaysia..dan jantung berlubang..

" perhatian kepada penumpang- penumpang ke Kota Kinabalu AK5463 sila masuk ke balai berlepas sekarang untuk pemeriksaan...."

laungan ini sering kali umi dengar ketika umi ingin balik ke kampung halaman....tapi laungan itu nampaknya tidak kedengaran lagi pabila cuti akhir semester ke 2 ini...

eh..tidaaakkk!! bukan umi tidak mahu pulang ke sana tapi masih ada tugas yang ingin di selesaikan Insyallah umi akan balik menjenguk adik umi yang baru lahir itu...sekarang beliau sudah berumur hampir 2 bulan..rindu rasanya..

jantung berlubang

inilah yang kesedihan umi yang di simpan buat masa ini...nampaknya keluarga umi di uji lagi...beberapa minggu lalu umi mendapat khabaran dari rumah mengatakan adik umi itu menghidap penyakit jantung berlubang...sedih kan.. adik Hakim baru berumur 2 bulan tapi sudah ketentuan Nya dia terpaksa menerima hakikat ini..

Ya Allah sembuhkanlah adik Hakim...amiin...

namun, umi telah membaca beberapa artikel mengenai jantung berlubang yang di hidapi oleh kanak-kanak...antaranya adalah rawatan yang tidak berasaskan pembedahan yang di kenali sebagai transcatheter technique atau di kenali sebagai rawatan secara memasukkan tiub yang di panggil kateter tanpa perlu melakukan pembedahan..

lebih lanjut umi nyatakan nya disini...

setelah membacanya umi nampak tenang sedikit...Alhamdulillah masih ada cara..mungkin anda ingin tahu bukan sebab dan kenapa adik Hakim menghidap penyakit tersebut..
pertamanya memang disebabkan Allah ingin menguji hambaNya..dan asbab lain ialah semasa usia ibu umi mencecah 38 tahun ibu umi kerap mengambil ubat-ubatan..kan dadah tu..ibu di landa penyakit alergi yang amat parah juga..sebabnya setiap kali ibu menggaru kulitnya dengan mudah ia akan berdarah..perit bukan?? Insyallah hanya dengan mengambil ubatan penyakit beliau beransur-ansur pulih...

bukan setakat satu malah lebih jenis ubatan yang di cuba..dalam ketika ibu mengandungkan adik Hakim..ubatan itu telah memakannya..

2 comments:

Anonymous said...

saya pun ada adik lelaki yg mempunyai masalah yg sama, tapi dia sudah meninggal dunia pada bulan 2 tahun ni. kalau boleh bawalah adik awak untuk mendapatkan rawatan segera

Anonymous said...

adik saya umur 14 tahun dan dia juga mempunyai penyakit jantung berlubang. walaupun begitu dia nampak amat sihat sekali. tapi dalam tahun lepas penyakitnye mula serius sehingga dia dimasukkan ke hospital,tapi tuhan lebih menyayangi dia. dia telah menghembuskan nafas nye pada bulan 2 tahun ni. dia sangat kurus.