Friday, February 22, 2008

seminggu...7 hari..

isnin

pagi tu umi ada ujian subjek Calculus..kemudian bersambung dengan amali fizik yang bukan main sukarnya...petang pula ada kelas English dalam kelas ni pula ada orang merajuk-rajuk dengan umi..entahlah kenapa..siapa sepatutnya marah dan dipersalahkan pabila disuruh datang untuk perbincangan..tiba-tiba tidak dapat datang mulanya tu umi memang boleh terima alasan yang diberikan kononnya sibuk dengan meeting..tapi bila umi dapat tahu yang masa itu dia keluar makan bersama rakan-rakannya...grrr! geramnya...ya la ingat umi tidak sibuk ka..umi kena buat persiapan tentang makan malam kolej umi lagi..
umi sudah teramat geram sangat sampai umi rasa mahu menengking orang tu sepuasnya..tapi mungkin iman masih ada lagi umi mengelak untuk bercakap dengannya selama beberapa hari bukan apa takut juga kalau-kalau umi tertengking orang tu depan khalayak ramai..nanti dia dan umi dapat malu..

selasa

pagi tu umi ponteng kelas sebabnya umi kena buat persediaan tentang program temuramah yang umi kena buat pada waktu malam nanti..persediaan yang dibuat agak rapi jugak la..tugas umi dalam bidang protokol dan umi jugak yang kena cari juruteknikal untuk merakam program tu nanti..timbul lagi masalah juruteknikal yang umi cari telah menarik diri kerana ada kerja yang amat penting pada waktu malam program berlangsung nanti...Allahu Akhbar..penat juga cari pengganti..kemudian, umi rayu kawan seorang ni punyalah susah mahu dipujuk..tapi lembu punya susu sapi dapat nama..(eh betul ka ni??) kononnya juga ada orang yang telah memujuknya terlebih dahulu..ada di antara rakan-rakan program telah mengutuk umi ni penipu la..tidak buat kerja la, tidak ada orang yang mahu jadikan umi ni ahli kumpulan mereka sebab umi selalu buat kerja last minute...dan banyak lagi la...masa tu bukan setakat dihiris malah di siat-siat pun ada juga...

sedap-sedap mulut dia mengata macam tu kononnya dia yang pujuk kawan tu untuk jadi juruteknikal walhal siapa yang sanggup menunggu sampai waktu tengahmalam untuk memujuk kawan tersebut...tidak cukup dengan itu dikutuknya umi ni sleeping member..kurang ajar betul!! memang tahap kemarahan yang melampau sudah masa tu..umi hanya mampu menangis sebab umi bukan jenis yang bising dan suka cari pasal..apanya yang sleeping member hah??!!mereka suruh umi pergi ke satu tempat yang agak jauh dari kolej umi..umi pergi walaupun tanpa kenderaan..bila sampai di tempat tu pula barang yang umi mahu tidak disediakan..sakit hati bukan..sudahlah umi agak penat masa itu..tapi mereka tetap dengan kutukan mereka..tegas bahwa mereka la yang betul..tidak apa kali ni umi yang terasa dan umi tahu Allah itu Maha Adil..bila mereka diperlakukan sebegitu mereka pasti faham..

namun, Alhamdulillah program temubual tersebut berjalan dengan lancar walaupun masa itu terus terang umi katakan umi memang tidak senang hati malah umi pergi program tu dengan mata yang bengkak bukan saja dengan mata hati pun begitu jua..


Rabu

laporan kajian perlu dihantar kepada pensyarah pada hari ni..begitu juga dengan konsultasi yang pensyarah akan buat..namun, kelibat ahli-ahli kumpulan umi masih tidak kelihatan lagi..bila ditanya umi hanya mampu menjawab " mereka tidak dapat datang pada hari ini..." sedih pun ada malu pun ada...ya la banyak sangat kecacatan yang wujud..suahlah questionnaire kajian yang dibuat tidak dibuat dengan betul malah pengenalan atau abstrak dibuat sambilewa saja...Allahu Akhbar!! umi tidak terkata langsung..kena semua kerja umi yang buat ka???? dahla isi-isi kandungan umi kena buat benda remeh ni pun umi kena buat jugak??!! ini sudah melampau..sangat-sangat melampau...penat semalam pun belum habis lagi...muncul pula penat yang baru...mahu tidak mahu umi kena buat juga kerja orang lain sebelum pensyarah itu bising..petang itu umi terpaksa lagi ponteng kelas ko Q...selesai buat kerja orang umi teruskan usaha untuk buat kerja umi..

esok kelas umi kena mengajar dalam kelas jadi umi kena bersiap sedia..arrgghh!!! pang!!! bunyi laptop diketuk....bukan jatuh..umi sakit hati sangat-sangat sebab lesson plan atau perancang mengajar umi rosak..maksud umi file tersebut corrupted..padahal kena mengajar esok ni...umi jadi lemah..umi pergi satu sudut bilik dan nangis sepuas-puasnya...besar sangatkah dosa umi sampai Allah uji macam ni...umi sudah tidak terdaya lagi..malam itu umi ada meeting..kiranya urgent la..pasal file rosak tu umi minta tolong seorang kawan ni...Alhamdulillah dia sudah pun selesaikannya..lupa pula malam ni agak sibuk juga sebab umi ada satu lagi ujian subjek Telekomunikasi..


khamis
sepatutnya umi kena mengajar pagi ini...disebabkan umi letih dan tidak bermaya umi tidur lebih sikit sampaikan umi ponteng kelas Asas Elektronik pagi itu..dalam keadaan kelam kabut umi terjatuh dekat tangga fakulti..pening pula lepas terjatuh tu..umi teruskan juga pergi kelas..petang tu umi ada ujian lagi..subjek Komunikasi Berkesan...study pun tidak cukup macamana mahu jawab dengan baik...hanya mampu berserah pada Allah saja..tidak cukup dengan kepenatan ditambah lagi dengan kerisauan... umi dikhabarkan ibu umi jatuh sakit...fikirkanlah kalau anda berada di tempat umi..???macam-macam perasaan timbul...memang umi senyum tapi hambar..
ada yang mengatakan umi tidak seperti dahulu yang selalu ceria..
umi pun tidak tahu mahu kata apa...

dan ini adalah minggu menyeksakan yang pernah umi rasa...walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan..

No comments: