Saturday, March 1, 2008

fuhh~~

salam semua...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga menarik nafas lega...
majlis makan malam sudah pun berakhir semalam walaupun agak kalut menjadi pengacara majlis dengan baju yang meleret-leret...semuanya menjadi suam kembali apabila bekerja dengan pasangan yang pandai untuk back up balik kesilapan umi..

biasanya umi bolehlah dikatakan tidak gementar apabila bercakap secara umum dihadapan..tapi entah kenapa semalam seram sejuk pula...banyak kali juga terkucil namun, ditabahkan jua kerana umi yang memilih untuk ini...

sama seperti majlis FIESTRA iaitu Festa Kolej Rahman Putra tahun lepas majlis perasmiannya juga melibatkan timbalan naib canselor UTM dan umi juga yang mengendalikan majlis tersebut tapi tidaklah segentar majlis makan malam semalam...

rasanya pertama, baju tajaan yang meleret-leret tu menyebabkan umi tidak berapa selesa..disebabkan umi ni agak bonzai orangnya..umi kenalah pakai kasut yang tinggi supaya tidak tenggelam dalam baju gaun tu..tu lagi seksa wooo...sampai sekarang kaki umi bengkak..macam kaki orang padang pasir..

lagi, semasa tarian pembukaan iaitu acara pengenalan para pengacara majlis waktu tu la umi memang takut yang teramat sangat..sebab masa tu umi kena menari...kalau tersilap sikit kemudian terjatuh..malu........nanti mesti jadi cerita hangit.." mc majlis jatuh tergolek-golek..."

Alhamdulillah semuanya selesai juga..tapi satu yang buat umi sedih..lain yang umi tunggu untuk bergambar kenangan lain pula yang datang untuk bergambar...bila umi mesej dia sudah pun balik...sampai hati~~~

1 comment:

Anonymous said...

actually, owg tgu..
owg tgu sampai meja tu tinggal owg ngan mber jak..
ko kn jd MC so owg assume ko mesti lmbt kuar..
owg kol, msj x respond.. bz la katakan..