Friday, April 11, 2008

bergaya dan anggun....


assalamualaikum...

ramai juga yang mengatakan umi tidak matang lagi...padahal umi sudah boleh makan dan tidur sendiri tanpa perlu didodoikan...setuju kan...????

cakap pasal bergaya dan anggun..umi rasa ia salahsatu cara untuk mematangkan diri...
jikalau umi perhatikan semua kawan-kawan umi pun belajar untuk bergaya...

tidak apa bergaya asal jangan melampau..paling penting tutup aurat..
tapi kita kena terima bahwa masih ada orang lain yang tidak dapat menerima fesyen baru muslimah..kenapa???

betul jugak tau..kadang-kadang orang mengguna alasan ini untuk mengelak dari kesalahan..yela bila pakai baju ketat dan sendat serta tersekat katanya fesyen muslimah zanman sekarang....banyak cantik!! itu fesyen mu bukan fesyen muslimah..

lagi satu pernahkan anda lihat baju t-shirt labuh??...agak keliru juga..ada di antara kawan umi mengatakan pakai t-shirt macam ni nampak lagi seksi..ish..ish..entah dari sudut mana dia melihat keseksian itu...

lepas itu bila ditanya pakai baju t-shirt pendek tu pulak macamana???dia terdiam membisu..

sama-sama renungkan ya..kita muhasabah diri selalu..

Wednesday, April 9, 2008

mama, aku mahu kahwin...

assalamualaikum..

jangan silap dan salah ya..itu bukan ungkapan kata dari umi...ingat umi ni desperate sangat mahu berkahwin..

ni pasal abang umi ingin mendirikan masjid bersama permaisuri hatinya...

kenapa la mereka semua ni mesti kahwin...

tahun lepas adik perempuan umi..sekarang ni pula abang umi..geramnyaa...
tinggallah umi seorang nanti..isk..isk..

pagi tadi, abang umi call dan mengadu yang keluarga belah perempuan minta hantaran tinggi tuuu..rm10k

Allah...bukn terkejut dengar nilai tu tapi terkejut dengar berita selepasnya..pihak perempuan mahu kami sekeluarga pergi merentas laut china selatan semata-mata untuk proses merisik...

umi tumpang sedih dengan keadaan abang yang agak huru hara masa ini...tapi siapa suruh mahu juga berkahwin..tanggungla sendiri..

hish..tak baiknya kan..sepatutnya kenala doakan orang yang ingin melakukan perkara baik...bukan senang nak pergi merentas laut china selatan dengan adik beradik dan keluarga yang ramai..

semua memerlukan fulus...adik-adik umi masih kecil lagi..mana nak cari tempat berteduh lagi..

kasihan...Insyallah nanti ada la tu rezeki..Allah akan sentiasa menolong hambaNya..selagi kita tak minta selain dari Dia..

semoga kita mendapat kaf, ba , ro, kaf, alif, ta, nun..
KEBERKATAN...

Wednesday, March 26, 2008

entah(1)

" hidup ni ibarat laut,saya tak tahu pula kaitan laut tu dengan hidup saya..." dan(2008)....

" dalam hidup ni ada dua benda..tapi saya tidak tahu apa sebenarnya dua benda tu dan masih mencari dua benda tersebut...ujang(2008)...

sebenarnya umi ingin bercakap pasal jerawat...tapi rakan-rakan umi bagi kata-kata yang sememangnya entah apa mesej yang ingin disampaikan...

masa umi terfikir untuk bercakap pasal jerawat tu...kebetulan muka ditumbuhi jerawat yang amat menyeksakan...sakit woo~~

sekarang ini tugasan umi sudah berkurang tapi entahlah umi masih terasa bagaikan tiada masa untuk diri sendiri...

satu lagi yang umi rasa umi amat bersendirian masa kini...entahla...bersendirian dari segala segi..

Tuesday, March 25, 2008

tak sihat!!

semalam agak lewat umi makan...akibatnya kena gastrik lagi...

tapi itu dapat diselesaikan dengan hanya meminum susu..umi rasa lega sedikit..

tidak disangka-sangka...petang semalam umi balik dari kelas dan makan sambil ditemani kawan-kawan umi..

tiba saja dibilik umi rasa pening dan akhirnya memuntahkan apa yang umi makan sebentar tadi..peritnya..mak aih~~ Allah saja yang tahu..kalau setakat keluar dari mulut ok la juga diri ini boleh tahan tapi yang lagi terasa sakit keluar ikut hidung...tak ada tempat lain ka mahu keluar...kenapa mesti disitu..

selepas setengah jam, muka umi sudah pucat..geli bila tengok muntah sendiri..
malam itu disebabkan umi rasa sejuk sangat umi tidur sehingga subuh tadi dengan harapan rasa tidak selesa ini akan hilang...malangnya, rasa ini tidak berubah..

mungkin ditakdirkan umi demam hari ini..

Wednesday, March 19, 2008

lovestory part 2

tidak lama selepas itu, aku keliru dengan perasaan sendiri...rasa bodoh yang amat sangat..sedangkan aku sudah berjanji bahwa aku tidak ingin jatuh cinta lagi..

terkejut!! aku tidak sangka yang dia juga menyayangi aku..wahahaha~~~

tapi semua itu mungkin satu penipuan yang dibuat olehnya atau aku hanyalah sebagai pendengar yang bisu dan tuli..

aku dapat tahu yang dia sudah berjanji dengan wanita lain untuk menunggunya..tak sangka setia pula dia..

namun, aku tekad hari ini untuk memadamkan memori mengenainya..

p/s: cerita ini umi hanyalah rekaan semata-mata tida kaitan dengan siapa-siapa yang dekat mahupun jauh..

Tuesday, March 18, 2008

lovestory part 1

qistina mulai rapat dengan april..semua ni bermula ketika mereka pergi camping bersama-sama di tanjung balau johor bahru..

kenangan itu amat indah rasanya..saat itulah aku(qistina) berkenalan dengan jejaka yang sangat pendiam..april diberi nama..pagi itu, ada majlis kahwin di rumah salah seorang kawan kami..pergi kesana nampaknya aku begitu ayu dengan baju kurung merah jambu ku..dalam rombongan ini hanya aku dan ummi saja kaum hawa..majlis selesai kami pun mengangkat kaki untuk meneruskan niat di hati...yahoo!! pergi camping..

gelak tawa dan senda gurau bergerak seiring dengan perkenalan kami..maklumlah perlu taaruf sebabnya aku pun baru saja berjumpa dengan ummi tu..termasuklah si jejaka pendiam tadi..seperti biasa unggun api dinyalakan bagi memanaskan badan, menghalau parasit yang menggigit dan menghisap darah..dan yang lagi penting masa itu, kelengkapan yang dibawa tidak mencukupi sememangnya tak cukup..kalau bawa tent khemah rasional la jugak..ni pula hanyalah sehelai kanvas yang ku agak hanya memuatkan dua orang yang kurus saja boleh tidur..namun, semua itu tidak menjadi masalah makhluk seramai 10 orang itu tetap gembira..sebenarnya rancangan untuk bercamping ini adalah rancangan segera yang di buat oleh rakan lelaki sekelasku masa itu..aku terpaksa mengikuti..

namun, aktiviti itu membuahkan hasil..aku mengenali april..hehe malam bersama unggun api itu diisi dengan pelbagai aktiviti..menari, menyanyi..berteka teki...eh jangan dilupa bergambar itu perlu..april seperti mengembangkan sayapnya..sedari tadi tak bersuara tiba-tiba berubah menjadi seorang yang agak becok..makaih! terkejut hamba..
rupanya dia seorang yang peramah jugak..aku gembira melihat hila tawanya..

keesokan hari kami balik semula ke kampus..kegembiraan itu ku sangka hanya sekejap rupanya tidak..aku dan april mula rapat..makan sama-sama...aku senang untuk berbual bersamanya..


to be continue..

Monday, March 17, 2008

holahu...

assalamualaikum...

lama juga umi tidak berkunjung ke serambi ini..maklumlah sibuk dalam beberapa hari..ini bukan sibuk yang biasa ini lagi bahaya punya sibuk..

entahlah kenapa rasa ingin berkarya tu amat tinggi waktu ini..rindu agaknya..hurrmm..
semester kali ini banyak dugaan dan cabarannya..bukan kerna semester-semester sebelum ini tiada cabaran tapi semester kali ini dua kali ganda dugaannya..

ah sudah!! asyik konflik saja kan..semua ini mesti kembali pada normal..itulah harapan umi menjelang hari-hari bahagia cehh!!

bila umi duduk dengan tenang sehari tanpa berbuat apa-apa..umi fikir banyak juga faedahnya bila kita merasa sibuk sedikit..ya la dapat melupakan kekecewaan atau kesedihan yang kita alami..

semuanya ada hikamah..